Tuesday, March 23, 2010

(Wonder PEt) Datang MemBaNTU

setelah sekian lamer berhabuk blog ni ( lamer tak update)
kali ni nak share citer hujung minggu yang penuh dengan aktiviti..
saper sangka yang aku kan terus berpengakap sampai sekarang..mungkin ianya telah sebati dalam jiwa kot..
masa untuk berseronok padaakau ialah dengan cara ini..
melupakan seketika tanggungjawab dan beban yang di galas.
melepasakan seketika bebanan kerja yang menggunung tinggi..
ni lah masa nya untuk menjadi diri sendiri..
berkumpul tanpa mengira pangkat darjat kuasa dan umur.

ni pic kedua dato kaharuddin momin dalam blog aku..siapakah dia ni?
dalam pengakap beliau dalah ayahanda..
di luar dia adalah orang yang berpangkat dato..hurm..aku memang sallute abis kat dato ni..
bukan nak bodek ke ape..tapi seseorang yang boleh masuk dengan semua golongan tanpa mengira pangkat atau darjat.susah tu nak cari..boleh berkongsi pinggan magkuk dengan orang lain..pas makan pinggan basuh sendiri..
maner nak cari?

tujuan utama aktiviti kali ini adalah mesyuarat penubuhan majlis kelana kebangsaan atau di kenali sebagai NAsional Rover Council..
kesinambungan dari bengkel di BP House tempohari..
ramai yang datang sebab nak tau siapa kah yang akan menerajui NRC ini.



termasuk la aku,,datang untuk sapot keputusan meting...
abu n mat ju ( sila tengok post pembukaan dobi. diorang yang tolong untuk bukak dobi aku)
dari kelantan pun datang ke melaka untuk sapot program ini..
dah la datang sendri..dengan keta..tak bleh claim..
tong tong duit bayar minyak n tol..
semuanya kerna perjuangan dalam pengakap
dan kepuasan.


ni antara yang hadir dalam memeriahkan lagi meting npelancaran bulan kerja kelana..bukan budak sekolah tau..sumer ni bapak bapak budak dah..hahahaha..
ape bulan kerja kelana ni? nanti aku explain..



aku kadang kadang pelik dengan mantaliti orang malaysia.
macam terkejut bila aku bagi tau aku pengakap.. kata dorang..
" eh, pengakap tu bukan untuk budak budak ker? pegi camping..masak masak dalam hutan.."
lagi satu yang tak bleh blah..
kalau masa sekolah dulu..kalau hari sukan skolah..kalau suruh angkat meja..sure budak pengakap yang jadi mangsa..
tapi realitynya itu hanya asas dalam pengakap ..ramai yang tak tahu betapa luasnya ilmu dalam pengakap ni..

so tak heran la kalau umo dah boleh di panggil pakcik , atok, nenek pun..still aktif dalam scouting ni..
bila di tanya kat mana best dia..
tu yang susuh nak xplain..
tapi dapat d rasa la kat mana best dia...
pic kat atas ni masa meting k.L.k.m
kumpulan latihan kelana siswa malaysia..
yang terdiri dari IPTA/S kat seluruh malaysia..
time ni la bertukar pendapat..setlekan yang mana masalah yang ada..berkongsi segalanya..
aku wakil apa? MARDI ker?
tak la..aku wakil UiTM..
wakil pertama / tunggal untuk UiTM.
kenapa UiTM plak...
hurm..aku dalam usaha menyambung perjuangan penubuhan kelana siswa di UiTM..
so ini permulaanya..setelah mendapat lampu hijau dari Vice canselor baru UiTM..
dato Sahol..


ini adalah kad bulan kerja pengakap kelana..kad ini di gunakan untuk merekod duit / upah yang dapat untuk di sumbangkan pada SCOUT FUNDation.. so as a rover... bulan kerja ni adalah masa untuk melatih diri untuk bersifat rendah diri..korang kner buat kerja untuk mendapatkan duit untuk kegunaan kumpulan dan di sumbangkan ke scout fund..scout fund adalah satu tabung yang menjana kewangan aktiviti scout kat negara ini..
macam macam pandangan yang korang boleh buat..
ada yg kata bodoh..cari duit untuk orang lain..
ada yang kata bahlol.. sebab kner buat kerja untuk orang lain..
tapi pernah tak kita terfikir..
pembinaan karakter dalam diri yang di bentuk oleh sifat rendah diri,sabar,dan ikhlas berkhidmat itu..menjadikan ia satu value yang tak dapat di beli dengan wang ringgit..



ni paparazzi punyer kner la ni..snap pic time aku tengah ngantok gila babas..
penat dengar penerangan n orang bercakap..sampai telelap..
siot jer paparazzi..aper pun thanks to paparazzi boy..
ex budak poli shah alam atas semua pic ni..



petang hari kedua kitaorang melawat ladang kambing milik scout melaka..ni la cara diorang mendapatkan fund untuk aktiviti diorang..dalam masa yang sama dapat mendidik rovers/kelana melaka untuk belajar menjadi seorang ushawan penternakan kambing..
persatuan lain ada ker macam ni??
tak der kot..hahahhahaha..sengal la aku ni..


malam last..malam yang di nantikan..oleh setiap ahli perkhemahan..
malam kemuncak dan malam untuk berhibur dalam cara pengakap..
culture night..
ni yang pakai vest ni scout JB..time ni la masing masing nak bersorak ..hapy2..
memang betol release tansion ni..tua muda..pangkat darjat..sumer letak tepi..


bila time malam kebudayaan..
nyanyian..dan permainan amat sinonim dan tak dapat nak di pisahkan..
kalau nak tengok geng geng veteran jadi muda balik..malam ni masanya..sumer spoting gile..
dato..pengarah..pegawai kerajaan..docter..engineer,,yang mana yang hadir tu..sumer main game ni..tak kira dah jawatan apa..itu yang istimewanya...
saper yang buat silap atau kalah dalam game yang di mainkan akan di denda untuk mbuat persembahan spontan..so time ni..aku di lucky one yang terlibat dalam sesi kner denda ni..ni game ni di namakan OPEN BANANA..
nak tau macam mana...hahahhaa..rahsia... memang gelak abis la saper tengok...


ni korang mesti taukan..
bila kua jer lagu..
" tinggi tinggi gunung kinabalu..tinggi lagi sayang sama kamu....."(untuk lirik seterusnys sila cari sendiri)
terus jer budak budak ni kua dengan spotingnya...menari tarian semazau..
dari sabah...aku join la..tapi ntah camner tercicir lak dalam pic ni..tak muat kot..huhuhu





dari pic kat atas pun korang dah tau dah betapa spotingnya seorang pengurus bank pakai baju merah tu..kat lua mungkin tak siapa tahu yang dia macam ni..kan?
bila dah pakai skaf pengakap..semuanya jadi diri sendiri..lepaskan bebanan seharian..

hari terakhir di melaka..tak cukup rasanya kalau tak berbakti kat penduduk sekitar..
sempena pelancaran bulan kerja pengakap kelana tahun ni..
satu comunitee service di jalankan...abis sampah kat kampung tu kner kutip..
senyum jer nenek tu dapat ramai cucu baru..


tak ketinggalan big boss pengakap malaysia.. Dato Kaharuddin Momin turut turun padang sapot Fogging n comunitee service yang pertama sempena bulan kerja ni..bulan kerja ni pun idea dia jugak..tapi aku sallute la..
biasenyer big boss ni tau cakap jer,,buat tu,,buat ni..tapi tak buat sekali..suruh anak buah jer buat..
tapi itu bukan cara pengakap..cara kita orang..
kita buat sama sama..kita rasa sama sama..itu la bestnyer..tiada perbezaan ..sebab semuanya scout..

last skali tak sah kalau tak bergambar untuk kenang kenangan ( kua paper ni gambar ni)
so bukan nyer susah untuk berbakti pada masyarakat..pada aku ia datang dari hati..
keikhlasan tu akan mbuatkan semua kerja menjadi senang dan yang berat pun jadi ringan..
pokok pangkalnya kner kerjasama..
bak kata wonder pet..
" apa yang penting ... kerjasama"
p/s - terima kasih kepada semua yang hadir
- sumber gambar dari paparazzi BOY,thanks.

3 comments:

Anonymous said...

Azri..tunggu anak besar,akak join bleh scout nih????Kui3
Eh,akak pn nk link azri lah tp awat link tu tulis nama penuh akak???I malulahhh,ahahaaa

azrai marcell said...

ok kak..nanti azrie ubah..buh superNaTural.. OK tak?

MizaEija said...

scouting till da last of da breath..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...