"wei..mu tau dok..paking lot kb mall runtoh.."
sender: abd rasyiddin
aku balas
" mu bia betol..guano buleh runtuh..tu la..dulu aku pesan doh..wat paking lot molek..mu tok se dengar..kan dah runtuh.." ada selit gurauan..bajet mber aku ni yang buat kb mall tu.
1msej baru di terima..
" erm..salah info masi.. bukan paking lot runtuh..tapi ada keta terjatuh dari tingkat tiga..jatuh tinpa budak masterskill..mati.."
peh... bia btol..
then pagi tadi aku godek2 la berita.. kot2 ada..
n hasilnya..
Kereta alami masalah enjin ditolak sebelum rempuh dinding kompleks
KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall,
di sini, petang semalam. Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala. Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.
Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua. Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.
"Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
"Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri," katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.
"Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah," katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian. Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
"Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya. "Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan.
Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar," katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu. Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan. Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.
keta ford laser yang terbabas masuk dalam kb mall
baju merah kat tengah tu..driver keta yang tak sempat lari ( naper lari..bengong tol..)
sian.. 2 orang mangsa yang tak bersalah..mati naik eskalator..
so..moral value dalam post ni..
time naik eskalator tu jangan la duk pegang2..pluk2.. yang maner couple tu.. ner tau kot2 ada kapal terbang pulak ker yang terhempas..
gelak gelak jugak..mati ni tak kira tempat...
(pas ni naik eskalator tu ingat..selawat banyak2 dan mengucap )
aper pun...
alfatihah untuk kedua mangsa...
9 comments:
yup.. ajal dimana2 kan.. tak terfikir pon maut kna hempap kereta terbg dlm shupin complex kan.. hmmm.. tapi yg tak boleh diterima akal tu,, boleh pulak nak lari2! sunguh terkeji ohh!
tu la pasal.. tak tercapai di akal ku jua..
kesian gila 2 orang bakal nurse yg meninggal tu
tu la..bayangkan kalau yang meninggal tu adik korang..awek korang..
tak leh terima la..kecuaian orang lain yang meragut nyawa..
tak kan naik eskalator pun kner pakai helmet.
Aku x paham naper nak lari. Xde etika langsung. Nnt abis trace balik tuan milik keter, last2 polis bleh cari gak.
panic kot..takot polis cari time tu.. lbih baik kner tangkap kat umah..dari kner tangkap on da spot..hahahah..ada jugak kan orang camni.. kyo..kalau keta viva ko dulu jadi camni camner agaknyer..huh..
ye ar.. panic ar tuh... merangkak kuar tgk2 nah kau darah bersimbah-simbah sana sini...
kalu kite 2 org le yg dlm kete tu mmg xleh lari ayie weh.. perut tersangkut, tokleh nk kecik doh.. perut oh perutku...
ceh.. boleh jeh kua hilmi... aku kua kat cermin depan..ko tak leh kua..sebab ko tersepit kat stering..hahahah...aku dapat kua..
ajal menjemput xkire mase n tmpt.
ble2 je ALLAH bley tarik nyawa kte kn.
doa2 la kte sume mati dgn care yg lbey elok :)
Post a Comment