kat sini nak kongsi lagu OST ceria lagenda budak setan . sila download dengan klik pada link kat bawah skali nuh.
Bila tengok trailer cerita lagenda budak setan ni..
aku teringat novel yang penah strugle aku abiskan time zaman zaman skolah dulu..
time tu aku tak penah baca novel pun..bila tgok tu antara buku yang causin aku bawak balik..aku baca la.
dari situ aku mula meminati novel..
mungkin agak jambu dan jiwang bila seorang lelaki baca novel..hahahah,, nampak ganas jer aku ni tapi dalam hati ada taman.
dari situ aku mulai kagum dengan watak kashah dalam cerita ni..
siapa sangka hampir 10 tahun kemudian aku berpeluang melihat lagenda budak setan di layar perak.
hurm cerita dari adaptasi novel yang boleh aku katakan hampir semua plot di ambil.pasti tidak mengewecakan sesiapa yang pernah membaca novel ini dulu..Gandingan mantap Lisa Surihani Dan farid kamil adalah gabungan ideal untuk membawa watak ayu dan kashah di hidupkan lagi dengan watak azmi yang di bawa oleh Que haidar yang begitu " real " di hidupkan seperti dalam novel..permainan perasaan dan emosi yang di garap indah oleh pengarah Sharad Sharan membuatkan cerita ini seakan hidup dan memberi kesan pada penonton yang pasti mengalirkan air mata.
Perkenalan Kashah dengan ayu yang di mulakan dengan Gurauan melampau memasukan cicak dalam tin miniman coke ayu yang menyebabkan ayu hampir mati tercekik membuatkan timbul bibit bibit cinta di hati kashah ,untuk mendapatkan kemaafan ayu , kashah sanggup memenuhi syarat ayu untuk memohon maaf kepada semua mangsa mangsa yang pernah dia ( dajjal kan ) semata mata untuk mendapat kemaafan dari ayu.
Perkenalan itu telah merapatkan ayu dan kashah . kesungguhan kashah untuk berubah telah menawan hati ayu, namun kisah silam ayu dengan kekasih lamanya azmi ( Que haidar ) telah membuatkan ayu serba salah untuk memilih.antara cintany pada kashah dan kemahuan ibu ayu untuk dia berkahwin dengan azmi . Pemergian kashah untuk menghabiskan pengajiannya membuka ruang untuk azmi kembali untuk memiliki ayu.
Di saat ketiadaan kashah di sisi, ayu tak mampu untuk menolak kemahuan ibunya untuk mengahwini azmi.dalam masa yang sama dia masih menanti kashah dengan penuh harapan. perkahwinan ayu dan azmi di rahsiakan dari pengetahuan kashah, ayu tak mahu kashah putus harapan dan menangguhkan pengajianya .
hampir setahun ayu di tinggalkan kashah , setiap hari kashah merindui ayu dan hanya mengubat rindu denagn melukis potret ayu dan membaca diari cinta ayu. hanya itu yang kashah mampu lakukan demi janjinya pada ayu..
" saya janji.. bila awak lulus nanti..awak boleh sarungkan cincin tu pada jari manis saya"
ayat itu di ulang ulang dan cukup menyentuh hati bila hakikatnya ayu telah berkahwin dengan azmi tanpa pengetahuan kashah.
Perkahwinan ayu dan azmi cukup menyiksa jiwa ayu. setiap hari di layan seperti binatang oleh azmi. sikap azmi yang pemarah, cemburu buta membuatkan ayu cukup tersiksa bila di pukul dan di tampar , hingga pada suatu malam ayu nekad melarikan diri setelah azmi memukulnya. dengan memandu sebuah kereta ,
tiba di satu simpang ayu tidak dapat mengawal kenderaanya yang di pandu laju dan terbabas.
ayu kemalangan.
kemunculan watak amylia lakonan shiQin kamal telah memulakan satu lagi plot yang menghidupkan cerita ini.
pertemuan kashah dan amylia membuatkan kashah teringat pada ayu. kashah masih terluka dan tidak dapat menerima hakikat ayu telah berkahwin dengan azmi namun kehadiran amylia seolah olah jelmaan ayu membuatkan kashah keliru.
banyak persamaam ayu ada pada amylia.. perfume yang digunakan sama..
lenggong jalan amylia persis ayu..
kashah keliru dengan persamaan ayu dan amylia..
amylia juga tidak mampu merahsiakan dirinya siapa.
dalam diam perasaanya bergelora..ingin saja dia meluahkan segalanya pada kashah.rahsia hatinya ini cukup membebankan dan menyiksakan bila berdepan dengan kashah.
kemunculan " ayu " di sebalik amylia telah membuka lembaran baru pada kashah.segala rindu di hatinya kini terubat.namun kemunculan azmi merentap segala kebahagian kashah dan ayu. insiden azmi menolak ayu memulakan kembali detik sedih bila ayu hilang ingatan dan tidak mengenali siapa kashah..siapa ayu ..siapa amylia..dalam usaha kashah mengembalikan ingatan ayu dan kembali pada setiap kenangan yang pernah mereka lalui..
kemunculan kate lakonan Fazura yang cuba mencuri perhatian kahsah dan cuba mendekati kashah membuatkan hati kashah bergelora.namun cintanya pada ayu mengatasi kate.
perkahwinan ayu dan kashah begitu mengecewakan kate. keputusan untuk sambung belajar di ambil oleh kate untuk lari dari kashah dan mengubat kesedihan hati..
saat ayu bertarung dengan maut untuk melahirkan puteri pertama kashah dan ayu. kate datang mengucapkan selamat tinggal pada kashah.
salam selamat tinggal itu bukan sahaja dari kate tapi juga dari ayu.
ayu meninggalkan seorang putri untuk kashah..
dan kate meninggalkan kashah untuk mengubat hatinya..
tamat
lagenda budak setan 1
tak sabar rasanya nak tunggu sambunga lagenda budak setan 2..
menunggu kehadiran kate pada kashah..
ketika itu kashah membesarkan putrinya ..
tanpa ayu..
adakah kate sudi menerima kashah dan putrinya?
apakah kesudahan ceritanya..
kat sini aku ada nak kongsi OST lagenda budak setan untuk korang download..
klik kat link ni..
thanks pada sumber sumber n info info..
bila la nak g tgok wayang ni?
1 comment:
anak dia pown xidup lame..coz lemah.. huhu
Post a Comment