selamat hari bapa..
kad berwarna biru itu aku pegang n tulis.. sungguh teruja di kala hari bapa ini muncul..setahun hanya sekali..ini lah masanya seorang anak mahu menonjolkan rasa sayang dan terima kasih pada seorang bapa.cemburu bila melihat rakan rakan menyambutnya bersama bapa tersayang.. lantas kad itu aku bukak dan tulis..
"asssalamualaikum abah.
salam rindu..
moga abah sejahtera hendaknya..alhamdulillah..angah n adik adik sihat..di kesempatan ini angah nak mintak maaf andai selama ni ada tingkah laku angah yang menguris hati abah .. terima kasih kerna selama ni dah banyak berkorban untuk angah dan adik adik.. terima kasih kerna selama ni telah memberi yang terbaik untuk kami semua. terima kasih kerna besarkan kami dengan pelajaran dan ilmu agama yang sempurna hingga kami jadi anak yang berjaya.terima kasih.. pengorbanan abah sangat besar pada kami adik beradik..
angah dan adik adik doakan agar abah sejahtera dan aman di sana.
hanya doa dan amalan yang dapat angah kirimkan untuk bekal abah di sana.
itu lah hadiah yang mampu angah beri untuk abah.
moga abah di tempatkan bersama orang orang yang beriman..
angah terlalu merindui abah..
selamat hari bapa bah..
al fatihah~ "
selesai menulis kad itu..aku termenung.
masih ada sisa cemburu di hati melihat orang sekeliling ku menyambut hari bermakna ini..
kemana nak ku hantar kad selamat hari bapa ini?
termenung ku berganti dengan senyuman..bila aku dapat rasakan DIA mendengar keluhan hati yang rindu ini.
rindu ni terubat setelah al fatihah ku kirim. rasa seperti DIA menyampaikanya pada abah.
amin..~~
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saampaikan melalui doa.. sampikn melalui perbuatan slaku ank yg soleh... yakin n redha la ngn ketentuanNya.. sesungguhnya hanya DIA yg tau ape yg terbaik utk kite..
Post a Comment