Tuesday, November 23, 2010

Betulkah wanita di cipta dari rusuk lelaki ?


Dicipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat di bahu untuk dilindung,
dekat pula di hati untuk dikasihi,
engkaulah wanita hiasan duniawi…

Fuh,indah lirik lagu ni,wanita-DeHearty.Pernah sekali aku tulis balik lirik ini dan aku hantar kepada sorang makwe,bekas budak skolah aku, dengan tujuan ingin ngorat la.masa tu cinta monyet la..monyet pun pandai bercinta ..Ye la,ayat jiwang ni.

Tapi sekali die reply,

“awak dengar juga lagu ini?Indahkan lirik dia?Saya suka lagu ini.”

Terkesima aku buat 1 minit, misi mengorat berkecai.Ni la,nak mngorat budak alim,amik ko

Apakah benar wanita itu adalah daripada rusuk lelaki?
Semasa aku kecil, kawan-kawan aku dengan semangat menerangkan hal ini kepada aku sehingge die cakap, 

“kalu mung terai bile rusuk kito,beloh kiri kure so.”

Lepas tu aq pun bilang la.Ye la,kecil lagi,so bile bilang tu,memang kurang satu.

“Ho la,meme xdop so,”
aku memberitahu dia.
So,dari situ,aq pom set la kpale otak aq yang pompuan ni adalah berasal daripada rusuk lelaki.Bila aku naik form3 kalo tak silap,kan ade blajar pasal anatomi manusia,dari situ aku kaji balik, adakah benar rusuk lelaki belah kiri kurang satu.Tengok-tengok,eh molek lagi, takde kurangnya.Jadi,adakah benar perempuan ini berasal daripada rusuk lelaki?
Kita mulakan membincang persoalan ini dengan satu hadis sahih daripada Bukhari dan Muslim:
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali.
Jika kita mengambil hadis ini tanpa berfikir,
jelas menunjukkan kepada kita bahawa hadis ini menyatakan wanita diperbuat daripada tulang rusuk lelaki dan sememangnya ada ulama yang bertegas mengatakan wanita itu diperbuat daripada rusuk lelaki.

Namun,ulama secara jumhurnya menyatakan hadis ini merupakan hadis qiasan yang menerangkan sifat wanita itu sendiri dan ulama’ secara jumhurnya menggunakan ayat quran (contoh:Az-Zumar ayat 6) untuk menyangkal teori yang dibawa oleh ulama’ yang menyatakan wanita itu daripada rusuk lelaki.
Tambahan pula,hadis di atas diambil secara separuh sahaja,hadis penuh berbunyi:
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.

Nabi telah memberi analogi tentang sifat wanita melalui hadis ini.Wanita disamakan dengan tulang rusuk dek kerana sifat mereka adalah sama.
Jika diperhatikan,Sifat tulang rusuk adalah jika dibiarkan ia akan bengkok dan jika dibetulkan ia akan patah,begitu juga dengan wanita,sifat wanita adalah suka merajuk,jika ditegur mereka akan memberontak.
Jadi,adakah kita perlu biarkan sahaja tulang rusuk itu bengkok sahaja tanpa dibetulkan atau dalam erti kata lain,adakah kita perlu biarkan sahaja wanita itu merajuk?

Tidak,kita sebagai lelaki, harus ‘melayan’ sifat merajuk wanita tetapi dengan cara yang berhikmah.Mahalnya seorang wanita disebabkan sifat merajuknya.

 Ramai orang cakap ,

”awak kalau merajuk,nampak lagi kiut la.”

Benar ke tak ungkapan ni,aku pom tak taw,tapi mungkin ade benarnya.
Siapalah aku nak bagi nasihat kat orang pasal relationship ni sbb aku pom blom kawin,tapi apa yang aku taw prempuan kalo die ngadu masalah,die xnk kita selesaikan,die just nak kite dengar,so kpd kaum adam,kalo ade pompuan ngadu masalah, sudi-sudikanlah tadah telinga,dengarlah luahan diorang..huhuhhu

macam ada pengalaman jer aku cakap kan..
hahha..tapi ingat wahai perempuan.. ada kalanya lelaki juga ada rajuknya..
ada bosanya..ada anginnya..

dalam diamnya ada perasaan yang tak terungkap.
huhuhu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...