Sunday, November 28, 2010

2 alam ker putar alam

SEPANJANG menonton filem 2 Alam, saya mencari kewajaran di mana letaknya kehebatan luar biasa filem itu hingga disasarkan mendapat kutipan pecah panggung berjumlah RM40 juta. Akhirnya hingga ke sudah, pencarian itu menjadi satu tempoh penantian yang begitu menyeksakan. Jawapan yang ditemui cukup mudah.




2 Alam sekadar filem biasa malah tidak keterlaluan untuk dikategorikan setaraf drama di kaca televisyen sahaja. Barangkali terdapat drama lain yang lebih hebat daripada 2 Alam. Namun filem arahan dua pengarah itu, tidak pula terlalu teruk.

Masih ada lagi filem-filem Melayu yang tidak berkualiti berbanding 2 Alam. Cuma filem terbitan Rozmey Che Din itu menjadi 'mangsa' keangkuhan kepada bentuk promosi yang keterlaluan dan jumlah kutipan yang tidak masuk akal.

2 Alam sebenarnya mempunyai subjek yang baik tentang keterlanjuran hidup seorang lelaki yang menukar jantina sebelum insaf dengan perbuatan itu. Filem itu mengisahkan kehidupan Amy, seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang dan berkahwin dengan kaum sejenis.

'Wanita' itu akhirnya membunuh diri menyebabkan jenazahnya sukar dikebumikan secara sempurna di kampung halamannya. Namun 2 Alam terganggu apabila subjek yang dipersembahkan itu begitu longgar sekali gus menjadikan jalan penceritaannya tidak kuat. Di tangan garapan dua pengarah, gangguan dalam filem itu bermula apabila kualiti visual gambar yang kadang kala kelihatan kabur. Entah di mana silapnya, kecacatan itu tidak sepatutnya berlaku jika 2 Alam sebelum ini dicanangkan sebagai sebuah filem bermutu tinggi.

Malah ia agak memalukan apabila 2 Alam turut ditayangkan di Singapura dan Brunei serta bagaimana tanggapan orang luar mengenai filem tempatan yang masih berdepan kualiti gambar. Persoalan juga timbul berikutan filem tersebut menonjolkan teknik imbas semula (flash back) yang terlalu banyak, ibarat penonton menonton sebuah video klip yang panjang. Adakah filem tidak cukup footage?

Bayangkan lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search dan Andaiku Tahu oleh papa rock, Ramli Sarip diulang berkali-kali bersama adegan sama. Sudah tentu melemaskan mood penonton. Barangkali dua pengarah filem itu mempunyai jawapan bernas tentang kelemahan tersebut. Lebih memburukkan keadaan, dua watak utama di dalam 2 Alam dilihat gagal memberi penghayatan sempurna dari segi pembinaan watak yang diharapkan.

Watak teman lelaki Amy jelas menunjukkan hasil lakonan mengecewakan apabila kaku di layar perak, apatah lagi menggunakan dialog bahasa baku dan ada kala nampak seperti lawak bodoh. Lebih 'kelakar', adegan gerak perlahan di tepi kolam renang ketika dia dan Amy berdepan konflik akibat kecewa selepas mengetahui Amy sebenarnya seorang lelaki.

Suhaillah Salam yang memegang watak Amy pula secara terang tidak menjadi sebagai seorang transeksual. Mungkin kesalahan tidak patut diletakkan di bahu aktres dari Singapura itu. Ini kerana 2 Alam terkhilaf memilih seorang wanita untuk menjadi wanita jadian. Lantas, lakonan Suhailah nampak tidak semula jadi dan masih memperlihatkan sisi lakonan wanita tulen.

Padahal, 2 Alam seharusnya memilih pelakon lelaki untuk watak itu. Ini kerana, selembut atau seayu mana seorang lelaki itu bertukar menjadi wanita, mata kasar manusia masih dapat meneka siapa diri mereka sama ada lelaki tulen atau jadian. Namun 2 Alam masih dapat dimaafkan kerana kontroversi mungkin timbul jika memilih pelakon lelaki yang menukar jantina seperti mana yang terjadi kepada pelakon utama... Dalam Botol, Arja Lee.

Filem ini juga menyelitkan beberapa babak yang sesuai tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum. Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta pakaian Amy yang seksi. Manakala dialog orang kampung yang berunsur lucah di tanah perkuburan sebetulnya tidak wajar kerana ia mengganggu jalan cerita 2 Alam.

Ini kerana 2 Alam telah menyusun baik kisahnya namun kewajaran daripada adegan serta dialog yang dipaparkan pasti menimbulkan kebosanan bagi mereka yang tidak mementingkan nilai-nilai seks yang tidak kena pada tempatnya. Menarik mengenai 2 Alam pula, filem ini tidak menampilkan konflik yang tegang bagi sesebuah filem yang ingin menegakkan kehidupan seorang transeksual.

Filem itu turut bijak memilih sebuah kampung di Kedah yang tenang dan kaya dengan keindahan landskap sawah padi dan rumah kampung. Nilai kemanusiaan 2 Alam juga tinggi dengan memaparkan sikap baik masyarakat kampung yang tidak memandang hina kepada keluarga yang memiliki seorang anak transeksual. Dalam filem itu, dua pengarahnya menonjolkan masyarakat yang dapat hidup dengan saling toleransi biarpun menghadapi kesukaran untuk menguruskan jenazah seorang transeksual.

Suntikan yang diberikan itu cukup memberi kesan biarpun pada realitinya isu menukar jantina sentiasa mengguris hati ahli keluarga transeksual yang sering dicerca. Lantaran itu, tidak salah melabelkan 2 Alam adalah sebuah filem yang indah dengan nilai kasih sayang dan rasa saling memahami. 2 Alam yang turut dilakonkan Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein, Rosnah Johari dan Kuswadinata sudah menemui khalayak pada Khamis lalu.

sumber : cenima malaysia


Izinkan aku membetulkan usus perut aku yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.


   ( paparan skrin di meja teket untuk filem 2 alam yang  di dakwa penuh pada hari pertama tayangan  )

Oh, tapi aku agak kepelikan sebab rasanya aku ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?

                  ( available tu maksudnya  dah penuh tau..dah tak leh tgok..panggung penuh )
Tapi satu bab aku respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia

kita tgok apa komen d facebook..
 
macam macam tol dunya ni..
ape pun pada aku..
 
kalau betol la filem 2 alam tu gagal meraih 40juta..
nape nak malu lak..adat la tu..
niaga ni ada untung ada rugi...
ada naik turun...
 
korang kat lua tu jangan la nak gelakan DDR ni..
bagi la semangat kat dia..
angap dia insan " istimewa " yang d kurniakan keberanian dan keyakinan yang tinggi..
 
jangan gelak tau..senyum tak pe..sedekah...
 
aku tgah senyum ni..
hiihih..eh gelak pulak..
 
 

1 comment:

kairoszabel said...

westcott scissors titanium, glass plating
westcott scissors titanium, titanium network surf freely glass price of titanium plating titanium bikes stone core, glass plate, titanium wedding rings diamond rings, diamond ring, cactus rings, gold core. titanium nitride coating

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...