Wednesday, May 26, 2010

jungle treaking @ mardi

Dah lamer rasanyer aku tak masuk utan..rasanya last masa niak gunung nuang..
tu rasanya la yang paling hard core..naik kinabalu pun lagi senang dari naik nuang..
so ni la masa nak main jungle treking..

pada mulanya aku langsung tak tau yang aktiviti ni aktiviti jungle treking..
sebab nama aktiviti ni macam skematic jer..
Hari Sukan dan Rekiasi Mardi.
rasa malas giler nak pegi..
tapi sebab nama dah naik..atas arahan Timbalan pengarah soh aku pegi di sebabkan status aku yang bujang dan stamina aku yang lagi tinggi dari pegawai pegawai yang dah berfamili, aku turutkan jugak walaupun mata ni berat jer nak bangun kul 7.00 pagi untuk mandi.sejuk gila babas..n di kala mber rumah aku tengah syok tido..


sesi pertama di mulakan dengan senamrobik..dah lamer dah aku tak berarobik..last tak silap masa kat kem pgkap hari tu jer..ok la ni..pas senam robik ni balik la kot..sambung tido..

ingatkan ada senamrobik..sukaneka untuk anak anak staf.. n makan makan n balik la..
( macam tu la selalunya kalau aktiviti kedewasaan ini)
hahaha..tapi tak sangka cool giler aktiviti ni..
kira ok la..kelab rekeasi mardi ni ramai orang muda..so otak pun lebih kurang la..
aktiviti pun lebih ke arah keremajaan la..
hahha..bajet remaja jer aku ni..

keadaan pagi tu yang hujan menyebabkan treking kali ini gak mencabar walaupun masuk utan dalam paga mardi jer..
tapi jalan tanah merah yang licin n keadaan yang berbukit dan keadaan hutan yang agak curam dan di penuhi pokok yang besar besar menyebabkan aku rasa macam bukan dalam hutan blakang mardi jer..

boleh tahan la untuk biginner mungkin rasa mencabar..untuk pro mungkin celah gigi jer..
tapi macam, kes aku ni yang bro tapi dah bersara lame dalam arena jungle treaking ni.
sedikit sebanyak mengamit kenangan la..hahhaha..
pas besusah payah dalam hutan tu..dapat gak aku abiskan..

rasanya aku orang BIotEcH pertama yang abiskan cabaran ni..dapat no24..
ingatkan padat la adiah..
stragle aku redah utan sampai kasut pun dah tak nampak rupa kasut dah..



lepas abis penat merentas utan belantara ( belantara lah sangat )
samapai la kat acara kedewasaan..( sukaneka ) acara untuk golongan yang tak berapa remaja..
hahahha..suka suka hati jer aku ni..
ni acara bagus..untuk remaja ada..untuk semiremaja ada..untuk veteran pun ada..
kat atas tu gambar amir n akak lab BT1..
partner tu..hahahha..gossip gossip..!!


ni gambar main jengket jengket di atas batu bata. ( acara semi remaja bawah 40 tahun )
rasanya sorang pun tak der yang jengket sampai abis..5 langkah pertama jer jengket..
bila dah ramai ramai pakat belari jer..pengadil pun dah tak tau sapa yang jengket sapo yang lari.
kira abis dulu kira menang jer la..



dah abis acara semi remaja kita main lak acara awal veteran . nak kata vateran tu kira macam tak kena jer..ni la antara bos bos besa kat tempat kejer aku..
geng geng pengarah ni.. spoting sangat. maner nak cari pengarah n ketua pengarah boleh main timang bola tenis atas polysterine..
macam waiter la plak..saper sangka dalam jiwa pengarah pengarah ni yang selalu main golf boleh main game game macam ni.. janji happy..

last sekali tak lengkap kalau tak der cabutan betuah..
ntah hape yang betuahnye aku pagi tu..dapat la sebijik payung world cup ( giant punya - kantoi stiker tak buang).. hahhaaha.. tak sia sia la aku bangun pagi pegi benda ni..
ni kat bawah ni gambar senior aku..farhan.. dia ni selalu follow program yang aku wat masa zaman mikrob dulu..gunung nuang pun dia follow..tak sangka plak dia kejer satu department dengan aku..tapi haram tak jumpe..time ni baru tau dia PKS kat biotech 1..

1 comment:

syira.sani said...

x sia2 menipu, mengklentong org... bgus lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...