Tuesday, February 8, 2011

kerna aku juga tak mengerti

aku jadi resah..
gelisah jiwaku ini bagai meronta ronta..
aku tak tahu kenapa hatiku jadi begini..seribu satu persoalan dan perasaan menerjah aku..
terasa ingin aku meluahkan segalanya..
tapi aku jua tak tahu bagaimana..
berat sangat bebanan yang berada d bahu ini..
tanggungjawab..
itu bukan sesuatau yang membebankan aku..
ini soal perasaan..
soal hati..
kenapa hati ku bagai memberontak ..
kenapa ia bagai d paksa..
mungkin selama ini aku tak pernah sebegini...

aku rindukan aku yang dulu..
aku rindukan hidupku yang dulu..
hidup ku kini agak kusut..
agak serabut..

aku jadi orang lain pada diriku sendiri..

Tuesday, January 11, 2011

AnNa RafaLli - camner bole menag AJL 2010 ..


"camner la dia bole menang...
ni pengadil berat seblah ni.... "

.tu ayat aku dengar time anna rafali di umumkan sebagai juara AJL mengalahkan beberapa calon faverate.( eja cam apetah lantak la blog aku) seperti pejal tahir..black n meet uncle husin..yuna..bunkface..

walaupun saingan AJL memang GILA babAZ punya sengit..tapi aku respek r ngan minah yang bernama Anna rafali ni..dengan Wajah cool n rilek memetik guitar akustik mendendangkan lagu yang asalnya puisi sajer sajer dia tulis time bosan,..

walau pun bunyi bunyi sumbang mengatakan dia tak layak menang..wlaupun ada yang merusuh..mogok lapar..mogok cuti..dan macam macam lagi la mogok mahupun serangan phycologi..keputusan di tangan JuRI..so tak leh bleh wat pa la..duk umah ja la..(hahha)

teringat aku penah jumpe minah ni live masa di jadi tetamu kat MHI tv3.. memang cun gile la..sambil nyanyi lagu HUjan Bunga di kuala lumpur..masa tu lak memang time ujan renyai renyai...hati aku lak yang berbunga..ahhahaha...

ni ada sedikit info sal Anna rafali untuk Di sahre bersama korang.. no tepon aku tak dapat bagi..korang nak korang mintak ngan dia sendri..huhu..



NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985 ( aku 11 des ) nak promote jugak..ahhaha

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur aku kat Perak..

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik
(banyak nyer..ni keturunan anak ramai ni..best best..mudah mudahan banyak zuriat yang comel pas ni)


KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
( aku UITM gak..kat shah alam,,, perh...budak TESL  tu..patot r tak jumpe..)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza

LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me
ape pun tahniah kepada semua pemenang...pada yang tak menang tu tak yah la nak komen komen..redha jer la...tahun depan buat la lagu macam puisi skit ner la tau bleh menang..hahahha...


AJL 2010
Tahniah kepada juara AJL 25 kali ni Ana Raffali dengan
lagu beliau tolong ingatkan aku

dah tahniah juga kepada
Meet uncle hussien/black-drama king
Hafis- noktah cinta

Faizal Tahir untuk persembahan terbaik

 Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
 Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

facebook will end on March 15 ???

 klik untuk besarkan gambar

Anda kenal Mark zukerberg? bukan mat zulkebek atau Mat ju Kner strok tu..

Mark zukerberg pemilik laman so-sial paling femes di masa ini mengistiharkan laman web FACEBOOK akan d tutup pada 15 march ini..hahhaa..pasai apa?? tu yang kita tak taw..

pada mulanya ada khabar angin yang mengatakan MARK terlalu stress ngan over loaded user kat facebook dia..sampai dia tak lena tido..duk teringat kat FB..sampai tido malam pun tak lena..so dia pun Pikir camner la aku nak buat..kang aku tutup facebook kang merusuh lak rakyat dunya ni..maklum la semua dah addict dengan facebook ni..

tapi setelah di beri sedikit petunjuk dan hidayah.. maka MARK pun ambil keputusan nak TUTUP facebook..ok la tu..dari duk tanggung dosa kering orang lain..baik dia tutup facebook ..

satu temubual telah dibuat kepada user FB dan rata rata agak terkujat dengan tindakan Drastik ibarat menyucuk jari d tekak sendiri itu..kata mereka...

apa kami nak buat kalau facebook dah tak der? kata seorang FB mania

(ala seblumm ni tak der FB ok jer..nape tak bleh tutup lak..banyak lagi benda pekdah ada)
kata aku dalam hati bila dengar user gila FB itu bercakap..

sorang penganalisa ekonomi plak berkata
" hang ni bengong la mark zulkerberg..oarang lain duk pulun cari duit hang duk nak tutup syarikat hang..hang tau dak nilai facebook ni kalau hang juai pun cikai cikai hang dapat 7.6 bilion..hang tau dak? la ni saja facebook ni satu dunia duk main..ni hang duk nak tutup pasai apa..bodo nih.. "

p/s -komen  telah di translate dan ditambah nilai oleh tuan blog supaya nampak macam orang kedah.

mark zukerberg plak cakap..
" kawe tak kesah pasal duit yang dapat dari FB ni..kawe nak life kawe semula..kawe lamo doh tak g lepok kedai kak yam makan mee celup..tak dan doh nak g ngail nagan saing saing duk sibuk ngan nate FB sokmo..otok doh kawe...caro la lagu lagu mano pun kawe nak tutup ugok FB nih..!! "

p/s- mark zulkerberg bole cakap kelate seh..~~

hahaha..ini menunjukkan mark zukerberg dah tak kesah sal duit..bagi dia life dia lagi penting dari Fb semua ini hanya donia..
cewah...tu la bila dah terlalu kaya...kita akan rindu life kita seblum kaya.. betol gak cakap MARK tu..bukan duit yang dapat beli kebahagiaan..

apa pun klau btol FB nak tutup 15 march ni..  korang kner wat backup la pic2 yang banyak kat FB tu..nanti kang tak pasal kner delate..hahahhaa..sib baik aku punya skit jer...

hahahha,,,

Thursday, December 16, 2010

disiksa - meyiksa - tersiksa

sape yang disiksa?
sape yang meyiksa?
siapa yang tersiksa?

argh.. tak tau la sejak dua menjak ni aku dapat rasakan kekosongan dalam jiwa aku.
dapat rasa kehilangan sesuatu yang membuat aku rasa tak keruan.

aku tak mengerti kenapa ini berlaku..tak tau la..wat kejer pun rasa tak tenang..banyak benda yang menerjah minda aku.. rasa ingin aku ungkai segalanya.tapi aku tak tau mana puncanya.
kerisauan.. mungkin aku risaukan sesuatu..
mungkin aku terlalu penat dengan bebana tugas.
mungkin aku terlalu taksub mengejar cita citaku. 
mungkin aku terlalu ikutkan perasaan ku.
mungkin aku terlalu menekan hidupku dengan pelbagai impiahn dan buatkan aku rasa tertekan.

sampai aku hilang fokus
apa yang sepatutnya diriku buat.
YA ALLAH..
bantu aku dalam meneraju hidupku..
berikan aku cahaya untuk aku jalani dugaan mu ini.

aku tersiksa ..disiksa dan meyeksa

Tuesday, December 14, 2010

dulu dan sekarang...

rasa macam hidup aku sekarang agak terabai..aku tak lagi punya masa untuk diri aku sendiri..tak punya masa untuk menjadi diri sendiri..
aku mula rasa kosong..
sepi dan sendiri yang membuatkan aku benci dengan diri aku sendiri..
ntah kemana hilangnya sikap ku..
ntah mana hilangnya diriku..aku buntu...adakah aku tersilap percaturan..
adakah aku memiliyh jalan yang bertentanga dengan kemahuan dan cita cita ku..
aku mengcongak kembali..
jika dulu aku bebas menentukan hala tuju perjuangan ku,,perniagaan ku
aku bebas untuik mengatur perjalanan hidupku..
aku bebas buat apa sahaja kemahuanku tanpa perlu bertanya boleh itu..boleh ini..
aku boleh menentukan hitam putih dan hujan panas hidup dan hari ku.
tidak terikat dengan bebanan tugas rutin yang membosankan..
setiap hari pada ku adalah hari yang baru.
hari yang menentukan impian ku 10 tahun lagi.
aku bergelar pelari pecut..yang sentiasa berlari mengejar cita cita BESAR ku.
tak pernah kenal erti penat mahupun lelah..
tak pernah kalah dengan kesusahan dan keperitan..

hurm..kenapa ?? sekarang??
 agak berbeza..

hidupku di cemburui oleh waktu..
jam 8.00 pagi adalah satu jerutan di leher..
jam 5.00 petang adalah rantai di kaki.
setiap pagi aku berlari untuk mengejar waktu hitam seblum bertukar merah pada 08.01
setiap hari aku menghitung masa seblum bunyi jam 5.00 petang...

sekiranya banyak merah dari hitam itu bermakna besar la malapetaka yang bakal menimpa.
bersiap sedia lah dengan  hukuman..

kosong....kosong...kosong...
tiada apa yang dapat aku kongsi pada kamu semua..
kerna aku tidak punya apa..

tapi aku tetap bersyukur dan mengharapkan SESUATU akan berlaku.
aku rindukan hidupku yang dulu..
aku rindukan medan jihad dalam pernigaan ku.
aku tak betah berada di zon selesa yang di dambakan oleh mereka.

kosong

rasa kosong dalam hidup ni..rasa macam aku lost...
kenapa yer rasa macam ni... aku tak mengerti...
bila aku bersendirian..
rasa kosong itu makin mengcengkam..
ya alllah..berika aku kekuatan andai ini ujian dariMU.

Sunday, November 28, 2010

Pam Anderson belakon filem Dr rozmey -100 juta pecah panggung -punya~~~

setelah tamat demam citer 2 alam @ putar alam ,sekali lagi Dr rozmey membuat kezutan ..demi kezutan..
dan kali ni kezutan yang lebih dasyat dari cerita 2012..

cerita apakah itu?

aku pun tak tau jugk sebab skrip pun tak siap lagi..ahhahaha..

kezutanya adalah Dr rozmey ingin melamar PAM ANDERSON bukan pam beskal tau..
untuk beerlakon untuk next filem terbitan DDR production..

betoi ka ni..hang jangan dok wat cheta...
betoi la...
Hari ini Dr Rozmey dengan penuh yakin mengatakan bahawa dia mahu mempelawa Pamela Anderson yang terkenal dengan kisah video seks dengan bekas suaminya Tommy Lee dan gambar bogelnya sama ada dalam majalah ataupun bertebaran dalam internet untuk berlakon dalam filemnya
.


Apa motif Dr ini mahu mengambil bintang yang sudah pudar bintangnya untuk berlakon dalam filem terbitannya? Walhal Pamela bukanlah pelakon yang disegani, melainkan hanya bergantung pada sosok tubuhnya yang memberahikan dan mengiurkan. Mengiurkan dan memberahikan? Ya Pamela pernah dianggap begitu suatu ketika dahulu, mungkin pada zaman Baywatch, hari ini Pamela sudah dimakan usia. Namun, saya tidak fikir Dr ini mahu mengambilnya berlakon atas faktor itu. Jika bukan, apa motifnya? Jika Pamela berlakon, apa pula moral cerita yang ingin Dr ini ketengahkan nanti?

Macam-macam:

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.



“Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu, tetapi ia adalah perancangan utama Dr Movie Production dan saya memang bersungguh-sunguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem itu nanti” – Dr Rozmey



"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau...- Roni Hidayat Ridwan



maria ozawa ko duduk lek lok sikit kang aku antar ko blakon 3 alam plak.


dari panggil Pam Anderson baik panggil MARIA OzAwa
memang sure pecah panggung macam ni.silap silap 100 juta pun bleh cecah..

100 juta pecah panggung..!!!!

kita tengok komen FB tentang crita ni.. ZASS~~~


peh..dasyat ooo..
pamela anderson leh cakap melayu..patot r Dr rozmey beriya nak ambik akak PAM blakon..




tengah tengah cari gambar yang berkaitan aku jumpe lak gambar ni..

jelazs menunjukkan pengaruh DDR padaz kalangan remajaz sekarang..

syabazs DDR..!!!!

2 alam ker putar alam

SEPANJANG menonton filem 2 Alam, saya mencari kewajaran di mana letaknya kehebatan luar biasa filem itu hingga disasarkan mendapat kutipan pecah panggung berjumlah RM40 juta. Akhirnya hingga ke sudah, pencarian itu menjadi satu tempoh penantian yang begitu menyeksakan. Jawapan yang ditemui cukup mudah.




2 Alam sekadar filem biasa malah tidak keterlaluan untuk dikategorikan setaraf drama di kaca televisyen sahaja. Barangkali terdapat drama lain yang lebih hebat daripada 2 Alam. Namun filem arahan dua pengarah itu, tidak pula terlalu teruk.

Masih ada lagi filem-filem Melayu yang tidak berkualiti berbanding 2 Alam. Cuma filem terbitan Rozmey Che Din itu menjadi 'mangsa' keangkuhan kepada bentuk promosi yang keterlaluan dan jumlah kutipan yang tidak masuk akal.

2 Alam sebenarnya mempunyai subjek yang baik tentang keterlanjuran hidup seorang lelaki yang menukar jantina sebelum insaf dengan perbuatan itu. Filem itu mengisahkan kehidupan Amy, seorang lelaki yang menukar jantina serta mempunyai hubungan terlarang dan berkahwin dengan kaum sejenis.

'Wanita' itu akhirnya membunuh diri menyebabkan jenazahnya sukar dikebumikan secara sempurna di kampung halamannya. Namun 2 Alam terganggu apabila subjek yang dipersembahkan itu begitu longgar sekali gus menjadikan jalan penceritaannya tidak kuat. Di tangan garapan dua pengarah, gangguan dalam filem itu bermula apabila kualiti visual gambar yang kadang kala kelihatan kabur. Entah di mana silapnya, kecacatan itu tidak sepatutnya berlaku jika 2 Alam sebelum ini dicanangkan sebagai sebuah filem bermutu tinggi.

Malah ia agak memalukan apabila 2 Alam turut ditayangkan di Singapura dan Brunei serta bagaimana tanggapan orang luar mengenai filem tempatan yang masih berdepan kualiti gambar. Persoalan juga timbul berikutan filem tersebut menonjolkan teknik imbas semula (flash back) yang terlalu banyak, ibarat penonton menonton sebuah video klip yang panjang. Adakah filem tidak cukup footage?

Bayangkan lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search dan Andaiku Tahu oleh papa rock, Ramli Sarip diulang berkali-kali bersama adegan sama. Sudah tentu melemaskan mood penonton. Barangkali dua pengarah filem itu mempunyai jawapan bernas tentang kelemahan tersebut. Lebih memburukkan keadaan, dua watak utama di dalam 2 Alam dilihat gagal memberi penghayatan sempurna dari segi pembinaan watak yang diharapkan.

Watak teman lelaki Amy jelas menunjukkan hasil lakonan mengecewakan apabila kaku di layar perak, apatah lagi menggunakan dialog bahasa baku dan ada kala nampak seperti lawak bodoh. Lebih 'kelakar', adegan gerak perlahan di tepi kolam renang ketika dia dan Amy berdepan konflik akibat kecewa selepas mengetahui Amy sebenarnya seorang lelaki.

Suhaillah Salam yang memegang watak Amy pula secara terang tidak menjadi sebagai seorang transeksual. Mungkin kesalahan tidak patut diletakkan di bahu aktres dari Singapura itu. Ini kerana 2 Alam terkhilaf memilih seorang wanita untuk menjadi wanita jadian. Lantas, lakonan Suhailah nampak tidak semula jadi dan masih memperlihatkan sisi lakonan wanita tulen.

Padahal, 2 Alam seharusnya memilih pelakon lelaki untuk watak itu. Ini kerana, selembut atau seayu mana seorang lelaki itu bertukar menjadi wanita, mata kasar manusia masih dapat meneka siapa diri mereka sama ada lelaki tulen atau jadian. Namun 2 Alam masih dapat dimaafkan kerana kontroversi mungkin timbul jika memilih pelakon lelaki yang menukar jantina seperti mana yang terjadi kepada pelakon utama... Dalam Botol, Arja Lee.

Filem ini juga menyelitkan beberapa babak yang sesuai tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum. Antaranya ialah adegan panas di atas katil, dalam tab mandi, dalam kereta serta pakaian Amy yang seksi. Manakala dialog orang kampung yang berunsur lucah di tanah perkuburan sebetulnya tidak wajar kerana ia mengganggu jalan cerita 2 Alam.

Ini kerana 2 Alam telah menyusun baik kisahnya namun kewajaran daripada adegan serta dialog yang dipaparkan pasti menimbulkan kebosanan bagi mereka yang tidak mementingkan nilai-nilai seks yang tidak kena pada tempatnya. Menarik mengenai 2 Alam pula, filem ini tidak menampilkan konflik yang tegang bagi sesebuah filem yang ingin menegakkan kehidupan seorang transeksual.

Filem itu turut bijak memilih sebuah kampung di Kedah yang tenang dan kaya dengan keindahan landskap sawah padi dan rumah kampung. Nilai kemanusiaan 2 Alam juga tinggi dengan memaparkan sikap baik masyarakat kampung yang tidak memandang hina kepada keluarga yang memiliki seorang anak transeksual. Dalam filem itu, dua pengarahnya menonjolkan masyarakat yang dapat hidup dengan saling toleransi biarpun menghadapi kesukaran untuk menguruskan jenazah seorang transeksual.

Suntikan yang diberikan itu cukup memberi kesan biarpun pada realitinya isu menukar jantina sentiasa mengguris hati ahli keluarga transeksual yang sering dicerca. Lantaran itu, tidak salah melabelkan 2 Alam adalah sebuah filem yang indah dengan nilai kasih sayang dan rasa saling memahami. 2 Alam yang turut dilakonkan Aaron Aziz, Sabree Fadzil, Faizal Hussein, Rosnah Johari dan Kuswadinata sudah menemui khalayak pada Khamis lalu.

sumber : cenima malaysia


Izinkan aku membetulkan usus perut aku yang sudah terburai akibat terkejut melihat jumlah kutipan filem 2 Alam selepas seminggu tayangan. Untuk makluman, filem 2 Alam mula ditayangkan pada 18 November dan jumlah kutipan dari Finas di atas adalah sah sehingga 24 November 2010. Seperti yang anda semua nampak, kutipan filem 2 Alam sekadar mencecah RM230,000. RM1 juta pun tak sampai ada hati nak kutip RM40 juta.


   ( paparan skrin di meja teket untuk filem 2 alam yang  di dakwa penuh pada hari pertama tayangan  )

Oh, tapi aku agak kepelikan sebab rasanya aku ada terbaca yang kenyatan Dr Rozmey yang kutipan hari pertama 2 Alam adalah RM2 juta. Siapa kencing siapa nie? Takkanlah Finas tersilap kira kot. RM230,000 dengan RM2 juta jauh lari tue. Atau sebenarnya sekretari Dr Rozmey yang tersilap bagi jumlah kutipan kat Dr. Rozmey?

                  ( available tu maksudnya  dah penuh tau..dah tak leh tgok..panggung penuh )
Tapi satu bab aku respek ialah kejayaan Dr. Rozmey untuk mendapatkan 83 wayang seluruh Malaysia untuk menayangkan filem 2 Alam ini. Kalau tengok kat gambar di atas, filem Adnan Sempit pun sekadar ditayangkan di 61 wayang. Hebat tak hebat jugaklah ayat Dr Rozmey sampai boleh pecah rekod untuk dapatkan filem paling banyak ditayangkan di pawagam Malaysia

kita tgok apa komen d facebook..
 
macam macam tol dunya ni..
ape pun pada aku..
 
kalau betol la filem 2 alam tu gagal meraih 40juta..
nape nak malu lak..adat la tu..
niaga ni ada untung ada rugi...
ada naik turun...
 
korang kat lua tu jangan la nak gelakan DDR ni..
bagi la semangat kat dia..
angap dia insan " istimewa " yang d kurniakan keberanian dan keyakinan yang tinggi..
 
jangan gelak tau..senyum tak pe..sedekah...
 
aku tgah senyum ni..
hiihih..eh gelak pulak..
 
 

Thursday, November 25, 2010

Lady GAGA - kaitan dengan ilLUMINATI ????

dah lama aku tulis entri ni tapi tak sempat nak post lagi..sebab nak selidik btol2 sal minah gaga ni..rasanya tak ramai yang tahu pasal eluminati ni..kalau tau pun skit skit jer la.akhirnya hari ni siap gak entri ni..( walaupun lagu ni dah agak lame kua).Semoga apa yang nak aku sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang aku sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni aku sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi aku play jugak vid dia n snap beberapa bukti mesej eluminati dalam video dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memangIlluminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..


Video yang mencapai lebih dari20 juta viewerkali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. aku akan cuba explain dari apa yang aku dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni

http://mistisfiles.blogspot.com/

and tengok dekat belah kanan cariJentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..Adacomplete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak aku explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan
.Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .
Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu
Alejandro – Lady Gaga
 hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video.
Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.



Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkinmengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salahsatu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memeganghexagram sebagai tahanan berbaris.



"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman..Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam danmembawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang samamacam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..




But I just can't be with you like this anymore, Alejandro.

Siapa Alejandro?
Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke?
 And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik).
 Jawapan nya tak ..
 Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia.

Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.



Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..



Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?




(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)


Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untukmenghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..





Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..


" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (... ) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe,

 Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tubuat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia.



Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :

" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "



Dan di akhir video ... Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..
Oleh siapa ?
Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?
Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan?
Insya-Allah pasti ..



Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain.
Hmm lepas ni apa ?
Menghina Al-Quran dan Islam?
Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...

Cik Gaga ni membawa bersamanya semuaagenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukaudengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhentimendengarkannya. Ingin aku katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .

Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut
(dengan alasan iahanya lagu)
dan pada saat itu ,apa akan jadi ?
Ya Allah ,lindungi lah kamidari tipu daya syaitan dan sekutu nya..
Amin ya rabbalalamin.

Sumber asal: vigilant citizen

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

perkara yang tak boleh di bincang dengan LELAKI @ PAKWe @ SuaMi korang?

bukan sng nak bina hubungan yg bahagia.byk yg korang mest buat.termasuk dlm bende ni adalah soal apa yg harus dan tidak harus diciterkan kat pasangan korang.bende ni semua akan menyusahkan diri org jugak.:-x


korang bace sendiri kat bawak ni:

1.jgn cerite ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2.membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3.cerite ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4.jgn jugak cerite ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi mereka

.5.jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagalannyer.buruk padanyer.

6.jgn buat dier patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknyer cubela bantu.

7.bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8.kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan menyinggung perasaan dier.

9.bile jumper ngan teman lelaki lamer.takpayah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan perasaan tu kat dier.bender tu bkn lamer.

10. Jangan tanya  benda yang sebenarnya korang tau , tapi buat buat tak  tau.

sumber : http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=4151

menarik menarik..

aku sebagai laki... rasa benda ni  ada btolnya...hahahhaaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...