Tuesday, December 14, 2010

dulu dan sekarang...

rasa macam hidup aku sekarang agak terabai..aku tak lagi punya masa untuk diri aku sendiri..tak punya masa untuk menjadi diri sendiri..
aku mula rasa kosong..
sepi dan sendiri yang membuatkan aku benci dengan diri aku sendiri..
ntah kemana hilangnya sikap ku..
ntah mana hilangnya diriku..aku buntu...adakah aku tersilap percaturan..
adakah aku memiliyh jalan yang bertentanga dengan kemahuan dan cita cita ku..
aku mengcongak kembali..
jika dulu aku bebas menentukan hala tuju perjuangan ku,,perniagaan ku
aku bebas untuik mengatur perjalanan hidupku..
aku bebas buat apa sahaja kemahuanku tanpa perlu bertanya boleh itu..boleh ini..
aku boleh menentukan hitam putih dan hujan panas hidup dan hari ku.
tidak terikat dengan bebanan tugas rutin yang membosankan..
setiap hari pada ku adalah hari yang baru.
hari yang menentukan impian ku 10 tahun lagi.
aku bergelar pelari pecut..yang sentiasa berlari mengejar cita cita BESAR ku.
tak pernah kenal erti penat mahupun lelah..
tak pernah kalah dengan kesusahan dan keperitan..

hurm..kenapa ?? sekarang??
 agak berbeza..

hidupku di cemburui oleh waktu..
jam 8.00 pagi adalah satu jerutan di leher..
jam 5.00 petang adalah rantai di kaki.
setiap pagi aku berlari untuk mengejar waktu hitam seblum bertukar merah pada 08.01
setiap hari aku menghitung masa seblum bunyi jam 5.00 petang...

sekiranya banyak merah dari hitam itu bermakna besar la malapetaka yang bakal menimpa.
bersiap sedia lah dengan  hukuman..

kosong....kosong...kosong...
tiada apa yang dapat aku kongsi pada kamu semua..
kerna aku tidak punya apa..

tapi aku tetap bersyukur dan mengharapkan SESUATU akan berlaku.
aku rindukan hidupku yang dulu..
aku rindukan medan jihad dalam pernigaan ku.
aku tak betah berada di zon selesa yang di dambakan oleh mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...