Tuesday, November 16, 2010

suatu kenangan

kenangan..
satu peristiwa yang pernah di lalui oleh setiap manusia.tak kira ia baik atau buruk..
manis atau masin atau tawar.
ia tetap satu kenangan..tipulah kalu tak der orang yang punyai kenangan.
tak ada kisah silam.
tempat jatyh lagi d kenang..ibarat itulah diri aku..setelah hampir 14 tahun aku meninggalkan kenangan aku.aku berpeluang menyingkapnya kembali.walaupun dalam umur dan jangka masa yang berbeza.masih ada sisa kenangan yang wujud d situ.

Pulau Pangkor , Lumut , - tempat kelahiranku.
tempat aku membina karekter ku.

14 tahun berlalu


di sinilah aku membesar.. di sinilah aku belajar alif..ba..ta..
mengenal A..B..C..

sehingga aku boleh membaca... menulis...mengaji..
aku meniarap..
aku merangkak..
aku berlari..
terjatuh..
aku gembira..aku berduka...aku ketawa..aku menangis.. segalanya di sini..

rasa dekat bila berada di tempat ni..
rasa rindu dalam hati kepada mama dan abah yang membesarkan aku..
terima kasih..
aku menjadi manusia ...



di rumah ini zaman kanak kanak ku bermula..
di rumah ini aku membesar dan belajar mengenal erti kehidupan..
mengenal erti persahabatan..
masih sama..
penghuninya masih lagi orang yang sama..
pak cik yakin - oarang yang sangat rapat dengan ku..
rapat dengan arwah abah..
aku menganggapnya seperti ayah sendiri..

di sini aku pulang setiap hari setelah tamat sekolah..
di sini aku menikmati makan tenggahari berlauk kicap dan telur mata.
di sini aku menangkap ikan dalam parit d hadapan rumah..
di sini aku panjat pokok mangga ..
segalanya indah di sini..
aku tersenyum.. adakah anak anak ku nanti bakal merasai dunya kecil seperti ku..
atau jadi orang bandar yang geli dan jijik dengan semua tu..
hurm....




di sini aku bina pondok kecil ini..
dari runtuhan balai polis lama..  sesuatu yang di idamkan oleh setiap kanak kanak..
punyai pundok untuk bermain bersama teman teman..
14 tahun aku tinggalkan pondok blakang rumah ni..
sekarang dah jadi stor untuk simpan barang barang..
aku pernah tido dalam pondok ni..
aku pernah main masak masak.. main cikgu cikgu..main kawin kawin..
indah zaman kanak kanak itu..
jadi budak kampung.. yang tak kenal erti takot.


bawah pokok jambu ni la gelanggang aku bermain..
main apE yer bawah ni?
macam macam la zaman tu..
mana ada PS2 macam sekarang..
mana ada PSP..
yang ada hanya main guli..
main congkak ( gali lubang guna sudu pastu kner marah sebab sudu kat dapo slalu ilang)
hahahah...
indahnya..rasa ingin kembali melaluinya..


 SRK METHODIST (ACS) LUMUT
ni la skolah aku zaman kanak kanak..
start tadika sampai la darjah 4..
skolah ni dulu banyak tol lambang ( TAMBAH).
maser kecik kecik dulu aku tertanya tanya..
nape la skolah aku banyak lambang tambah ni..
mungkin sekolah ni cemerlang matematik kot..
tu yang sampai atas bumbung pun ada lambang tambah..

bila dah besar baru tau..
dulu skolah aku tu gereja..
aku skolah kat gereja...lambang tambah tu adalah cross..salib..
kui kui kui..
maner la aku tau..
patot la masa kecik dulu time pendidikan islam jeraku kner kua klas g surau.
ustazah ajar..
dak lain kner stay blaja moral..
hahahha..

masa skolah dulu aku pkai sua pendek..
orang pompuan pakai skirt..
bila aku tukar skolah g klantan..
malujer kner ejek masa 1st day..
aku pakai sua pendek..
siot jer..
hahahah nak tegelak pun ada..
bila tgok dak pompuan pkai baju kurung kat skolah klantan aku jadi pelik..
yela..dah biasa tgok orang pkai skirt..
bilabudak cina klantan pakai baju kurung..rasa janggal..tapi swet la.hahahha
culture shock.. pindah kelantan..

 ni bot ape lak ni..
24 tahun lepas..bot ni la yang bawak arwah mama g hospital..
time tu duk kat pangkor..
aku lahir kat hospital lumut..
tahun 86 ner ada hospital kat pangkor..
so bot ni la yang dorang guna.
ada lagi sekarang..bot yang d gunakan untuk bawak docter ke pulau pangkor..
cool giler..huhuhu

bila tgok pic ni..
aku teringat masa ku kecik dulu..
arwah abah n mama selalu bawak kita orang turun kat pantai lumut.
masa tu abah n mama duk kat berek polis lumut.
petang petang aku n along akan turun jalan jalan ngan abh n mama..

tahun 2010..
along bawak anak dia plak jalan jalan kat pantai..
sama macam mama n abah bawak kami..

hurm..
dalam hati ku berbisik..

" mama . abah..  hari ni angah dan along datang tempat mama dan abah bawak kami dulu..along bawak anak dia n bini dia..cucu dan menantu mama n abah.. sayang sangat abah n mama tak der kat sini..insya Allah suatu hari nanti angah pulak bawak anak bini datang sini..macam mama n abah buat dulu.."

kata kata tu hilang d bawa angin
bayuyang menyapa pipi..
aku tersenyum...

perempuan memang tak guna!!!!!!

 
PEREMPAUN MEMANGTAK GUNA !!!!!
Perempuan memang tak guna..tak guna ..tak guna dan tak guna..
Perempuan memang TAk GUNA!!!!!!!!
marah betul bunyinya...keras dan penuh dengan ketidak puasan hati..


1.Perempuan memang tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. .
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.



6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini

’Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik’ ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. ‘Penyakit dlm hati’ adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan   cara yang terbaik.

Wednesday, November 10, 2010

lelaki ini..

dengar lagu lelaki ini..dari penyanyi bervokal marvelous...Anuar Zain
satu nama yang sangat gah dengan vokal yang mantap mengalunkan lagu lagu romantik.
walaupun suara aku tak lah sehebat n mavelous suara dia..tapi aku penah la karox lagu ni..
hurm..aku tak sangka aku leh tau lagu ni..dengan jiwa dan hati yang keras dulu..rasanya tak mungkin aku kan minat lagu camni..
adakah hati ku sudah tak keras macam dulu??
hahhaa...tak tau la nak cakap..miracle mungkin..

aku terpanggil untuk mengulangi bait dan rangkap.



' lelaki ini yang selalu mencinta mu..
selalu.. tanpa ragu..
lelaki ini yang selalu memuja..
hanya dirimu yang bertahta dalam sanubari ku...'

aku tersenyum..
kenangan mengusik hati ni..
mungkin hatiku yang keras telah dapat d lembutkan..
terima kasih.



 

Wednesday, October 27, 2010

im back...

setelah sekian lama aku membekukan blog ni..
atas dasar hormat dan ingin menjaga hati..
dan akhirnya aku tak mampu membohongi diri aku.
perasaan dan naluri blogger dalam hati aku ni melonjak lonjak ingin bebas..
rasa nak tercabut jantung bila menahan rasa..
maafkan aku teman .
lama rasanya aku menghilang..
hampir dua bulan..
rasanya..ini permulaan yang baru..
terima kasih atas kesudian korang sumer singgah kat blog ni..
bermula dari sekarang..
another memory - activated!!!

Friday, September 17, 2010

syahdu Syawal

Allah hu akbar ..
Allah ..hu akbar
Allah hu akbar...

laungan takbir memecah keheningan pagi syawal itu..
biasanya mama akan kejut kami 4 beradik bangun awal..bersarapan dan terus ke kubur arwah atok n nenek..
sarapan pada pagi syawal 2005 itu adalah rendang ayam dan ketupat.
lepas sarapan kami akan ke pusara atok n nenek sebelum semayang raya..
ramai sanak saudara yang menziarahi pusara yang selama ini sepi.. walaupun pagi itu masih baru ..masih berkabus.
begitulah setiap tahun..
cuma bezanya.. tiada lagi suara mama yang mengejutkan kami..
berganti dengan suara aku..

alin.. bangun...lin dah pagi dah ni...bangun la..kita nak g kubo mama ni..

awe.. bangun wan.. kita nak g kubo mama ni..

adik adik ku mengeliat.. penat mengemas rumah mungkin masih tak hilang lagi..lepas mereka bangun..aku ke dapo menyediakan sarapan.
menu tahun ni
lontong , nasi impit , dan rendang ayam.
tiada kuah kacang..agak rumit untuk aku sediakan..( tak reti sebenarnya setelah cubaan beberapa kali seblum ni gagal )

selepas sarapan..aku membawa adik adik ku ke tempat biasa ..pada pagi syawal ni..
kabus masih ada bersisa ..embun masih ada d hujung rumput..
tikar ku bentang mengadap 3 pusara ..

perlahan...

yasin...
wal Quran nur hakim..
in' nakala minal mur'saalim ....

penuh sebak dalam dada...



rasa yang tak dapat di gambarkan dengan kata kata..
alunan surah yasin itu cukup syahdu..meruntun hati.. menyebakakn dada yang membacanya..
air mata mengalir perlahan.. aku cuba sembunyikan pada pandangan adik adik ku..
ya Allah..kuatkan la hati ku ini..



tak berdaya menahan sebak itu..
aku lepaskan bersama surah yasin..sehingga tamat.
lepas segala rindu ku ini..rasa seolah aku dekat dengan mama..ketenangan menyelubungi hati ini..
aman.. terlepas segala beban rindu di hati ini..

Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Tempatkan la Ibu Ku.nenek ku dan datok ku dan orang orang islam yang telah meninggal bersama orang orang yang engkau kasihi. ampunkan Dosa mereka. Ringankan lah azab Kubur Mereka.kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani aku.Ya Allah sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

amin~
amin~
Ya rabbal Al Amin~

Monday, August 23, 2010

Rindu Ramadhan.

"Dah masuk 5tahun kita sambut bulan puasa n raya tanpa arwah mama n abah..sejak 2 ,kita xpernah bukak puasa n bersahur 4 bradik bersama2..mesti salah seorang xda..raya pom sama,kita xpernah bkumpul 4bradik di pagi raya sejak 2..alin rindu nk berkumpul 4bradik kat umah ...kita..:"

"wuwuwu...alin teringin nk cium tgn along n angah dipagi raya sbgai gnti cium tgn arwah mma n abh...tp alin xpnh dapat..:'(
pg raya ptama ni besday alin...alin nk alg,agh n awe ada ngn alin...ceriakan alin..lau arwah mma ada msty dia wat pulut kuning ngn rendang n jamu org mkn...alin rindu ngah..long...:'("

Me
aku tiyok ni..
baca msg mu tadi..
aku teringin sangat nak kumpul 4 beradik..
sambut raya sama sama..
buka sama sama..
saho sama sama.
aku rindu arwah mama..
arwah abah..
aku sedih dengan apa yang berlaku kat family kita..
aku rindu kita kumpul semua..
12:15pmNor
samala ngah..
alin pom
rindu sgt2
tringat zaman dulu kita bgn sau 4bradik
time mma g keja
12:15pmMe
tu la.
12:15pmNor
lau dkat2 nk raya abh dtg umh
12:16pmMe
aku rindu zaman tu..
12:16pmNor
g shoping bju raya
best kn ngah
12:16pmMe
sabar linn..
angah sebak sangat bila jadi gini..
alin ada angah..
ada along..
12:17pmNor
tp smua 2 dah xsama cm dulu kn..
alin xsbr nk g kubur mma
alin nk bce yasin

dah lama x ziarah kubu r abh
12:18pmMe
kita doakan yang terbaik untuk diorang

air mata aku mengalir ketika ini.. bukan kesedihan yang mengalirka air mata ini..
sebak menahan perasaan yang tidak dapat ku luahkan..
aku rindu..rindu suatu masa yang pernah aku lalu dulu..

suatu ketika kami berkumpul..
kami berempat bangun sahor bersama..
"alin..bangun lin.. saho.. "
awe.. bangun wan.. saho"
aku mengejut adik lin n adik wan di kala along tgah sibuk kat dapo ..
mencedok lauk n nasi yang mama dah tinggalkan seblum mama g kejer..
adik lin bangun dengan muka ngantuk trus membasuh muka.. 
berempat mengaminkan doa dan brsahur..
mama masa tu kerja shif.. 
jadi tak selalu bersama kami ketika sahur dan berbuka.. 

kalau mama tak kerja malam atau cuti..
mesti lepas saho kitaorang tak kan tido..
tapi ramai ramai ada kat dapo..tolong mama buat kuih raya.
dah jadi satu tradisi.. masa ku kecik lagi mama memang selau buat kuih raya sendiri..
sampai la aku besa..mama tak pernah miss wat kuih kegemaran aku.
5 tahun lepas adalah aidilfitri terakhir bersama mama..
mama masih lagi buat kuih raya..walaupun masa tu dia dah tak berapa sihat.
macam biasa..aku lah yang jadi mixer ( majerin n gula) ..
kacau pakai sudip n pusing ngan tangan sampai sebati..
itulah part yang aku selalu buat dari kecik sampai besa..
adik lin akan buat bahagian finishing..
tabur coklat rice.. letak kuning telur atas biskut.. 
letak potongan ceri atas biskot..
tuang coklat cair atas almont landon..
adik wan pulak bahagian QC,, 
makan biskot yang tak reject..pecah pecah..

rindunya saat itu..






Thursday, August 5, 2010

suatu dulu masa dulu~

aku terjumpa satu keping gambar ..
dua oarng budak ..pada suatu masa dulu..

satu yang tinggi dan berdiri.. agak kurus.. gayanya mengambarkan dia seorang abang.
lagi tua dari yang satu lagi.. menemani adiknya yang duduk di sebelahnya..
adiknya duduk dengan tangan di atas paha. dengan gaya rambut afro ala ala alleycat..

siapa mereka berdua ini..
memory ku pantas terkenang pada usiaku sebelum tadika dan abang ku along diawal persekolahan.
gambar ini di ambil pada satu petang sebelum menyambut hari lahir ku..

hurm terkenang pada kemesraan dulu..
kenapa sekarang tak boleh jadi semesra dulu..
mungkin charecter kita berbeza..
mungkin ada ketidak pausan hati dalam jiwa..

bak kata pepatah..
tidak putus air di cincang.
tak putus tali persaudaraan ini..

semoga kita sekeluarga bersama selamanya..
amin~~~~~

asal usul Mr Bean ? korang tau tak Mr Bean Dari mana?


sebut kata ROWAN SEBASTIAN ATKINSON mungkin tak ramai yang kenal..
tapai kalau kata MR BEAN... mesti korang kenal..
korang kenal tak MR bean?
satu watak sempoi seorang professor sebuah universiti yang leh buat orang ketawa tanpa berkata kata..
gabungan elimen klaka bisu yang di mulakan oleh charlie charplen..dah cukup buat aku ketawa..rasanya dah banyak kali tgok cerita MR bean tapi aku tak pernah bosan dengan cerita dia walaupun dah lebih 87kali aku tgok..stil bleh ketawa lagi..hahahah..

sebut kate MR BEAN..budak darjah satu pun kenal..

kalau sebot nama PM pun blum tentu budak darjah satu kenal..
jelas menunjukkan betapa kuatnya pengaruh MR BEAN kepada budak budak...

lawak yang bersaja di tambah ngan muka selamba lagi selenga membuatkan siapa saja ketawa ngan tingkah laku tak bersalah mamat MR Bean ni..kalau tak silap aku dari aku skolah rendah lagi aku dah kenal Mr Bean ni..sampai penah ada gelarkan cikgu tuisyen aku masa time SPM dengan gelaran Mr bean.. huhuhu..kesian cikgu tu tak pasal aku panggil dia camtu...

masuk universiti lak.. kenakalan aku makin menjadi jadi bila aku panggil sorang dari junior aku dengan panggilan MR BEan.. hahahha..sebab dia ni lurus jer macam Mr bEan.. truk gila rasa bila pikir balik.. samapi lekat orang paggil dia bean sampai graduate... huhuhu..

tapi taukah korang Mr bean ini berasal dari mana?


bila di cek kat jabatan pendaftar rupanya mamat ni orang sabah..bah..

hahahha...
tak caya kau..
sungguh tak caya...

korang caya tak?

wahahhahahah
kui kui kui..

betambah sakit pale aku ni.. dah la nak oprate.. adoiyai.. sape nyer kejer la ni~~~

Wednesday, August 4, 2010

maaf kerna melukakan hati

melukai  di lukai dan terluka..
term yang bermain di jiwa ini..
maaf atas apa yang berlaku..

to syira : mintak maaf sangat sangat..sebab banyak berdiam diri..
mintak maaf kerna terlalu baik dengan perempuan..
mintak maaf kerna sayer jahat..
mintak maaf kerna sayer kejam..

to miza : mintak maaf sangat sangat pasal saya awak yg kena..
past is past..
mungkin orang tak paham camner hub kita..
camner kita rapat.. tapi walau kita bukan lagi couple..

to cahaya : sayer mintak maaf sebab huru hara kan hidup awak..dengan masalah saye.. sory sangat sangat..
awak tak sepatotnyer terlibat sebenarnya..tapi tu la.. kner jugak serangan demi serangan..
sory~~~


hurm..
aku realize smthing..
apa yang kita rasa bukan sume orang paham..
kadang kadang kita buat biasa jer..
tapi orang dah salah paham..

so hati hati bila berkata kata~

nak mulakan hidup baru.

(@^+&&^%$%#$

pernah kener maki?
pernah kener hambur ngan kata kata kesat?
penah di sumpah seranah?
pernah kener tengking?
marah betol macam tu..
hurm~~~

tu la..
baik macam mana pun kita penah buat.
berjuta budi pun kita tabur..
bila kita tersilap langkah skit..

semua di atas tu HILANG..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...