Thursday, July 22, 2010

surat awan untuk sang pelangi


salam sang pelangi..
maaf kerana buat kamu bersedih..maaf kerna aku terlalu ego dan keras hati..
maaf kerna aku punya banyak kelemahan yang tak mampu kau hadapi..
maaf kerna begitu tegar melukai warna mu..
maaf kerna aku kejam menolak cinta mu..
aku punya kekurangan..
banyak sekali tak sama seperti kamu sang pelangi..
aku punya mendung yang hitam..
aku punya kabus yang kelam..
aku punya asap yang kotor..

aku tak mampu berikan cahaya seperti matahari
aku tak mampu menjadi indah seperti bulan..
aku hanya awan yang di tiup angin..
melalui hujan dan pelangi..
terima kasih kerna menempiaskan cahaya 7 mu itu di dada ku..
ia bagai cinta yang cukup indah..
walaupun seketika ia telah cukup untuk buat awan sepertiku cerah..

biarkan angin ini bertiup..
moga satu hari nanti kita kan bersua..
dan aku berharap pada saat itu aku bukan lagi awan..
tapi aku kan jadi matahari yang tiba bersama pelangi selepas hujan..

3 comments:

syira.sani said...

biarkan hujan sentiasa trun agar pelangi tidak kembali lg. andai ia tidak menjelma mungkin ia kemenangan utk pelbagai pihak.. tidurlah pelangi hiduplah didlm fantasimu..

azrai marcell said...

aku yakin pelangi akan tetap hadir

syira.sani said...

pastikah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...