Wednesday, May 4, 2011

RinGANnYA umPaMa KaPas BeRaTnYa SePErTI GUnUNG



Tengok jejaka jejaka hensem dan tampan yang merebut gelaran IMAM MUDA buat hatiku terdetik..
betapa beruntungnya mejadi LELAKI..dan Bertapa bertuahnya seorang PEREMPUAN di SISI LELAKI.
mungkin tak pernah terfikir pun sebelum ini kenapa..dan mengapa lumrah dijadikan begitu.

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.


WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkan kita lihat sebaliknya?
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Diakhirat kelak,
seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya



Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :


*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya




Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah...........
Hai Ya Bill JIHAD ~~~

beratkan?
ada pro dan kontra nya,, ada lebih dan kurangnya.HIKMAHNYA PENCIPTA MAHA ADIL LAGI MAHA BIJAKSANA.
CIPTAAN MU YA ALLAH ADALAH SEMPURNA.

SUBAHANALLAH.


 

Friday, April 22, 2011

Agungnya ciptaan MU YA ALLAH..

kredit to  نور ازورا حاج مرياي on Saturday, March 26, 2011 at 3:57pm

Ketika Allah menciptakan insan bergelar Wanita , Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Pada hari ke-enam, datang seorang Malaikat bertanya, " Ya Allah, kenapakah engkau mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan ciptaan-Mu kali ini? "

Allah menjawab, " Sudahkah engkau melihat betapa cantik dan mulianya ciptaanku ini ? Lihat...Dua tangan yang ada ini mestilah boleh dibersihkan, tetapi bahannya bukanlah daripada plastik.

Setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh digerakkan dan berfungsi baik untuk segala jenis makanan.

Mampu menjaga banyak anak bersamanya.

Mempunyai pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan keburukan. Dan semua yang kuterangkan tadi cukup dengan hanya menggunakan dua tangan ini. "

Malaikat berkata," Ya Tuhanku, cukuplah setakat hari ni. Engkau boleh menyambungkannya keesokan hari"

" Oh, tidak. Aku mahu menyiapkannya. Ini adalah ciptaan kegemaran-Ku", balas Allah kepada malaikat-Nya.

Malaikat itu terpanggil untuk mendekati dan melihat dengan jelas ciptaan Tuhan-Nya, iaitu Wanita.

Disentuhnya ciptaan tersebut. " Ya Tuhanku, kenapakah engkau membuatnya begitu lembut? "

Allah menjawab, " Ya. Aku membuatnya lembut. Tapi... . pastinya engkau tak terfikir apatah lagi sanggup membayangkan kekuatan yang Aku berikan agar mereka dapat mengatasi banyak hal yang luar biasa " .

" Adakah ciptaan-Mu ini mampu berfikir, Ya Tuhanku ? " tanya Malaikat itu penuh kehairanan.

Allah menjawab, " Dia bukan sahaja mampu berfikir, malah Aku berikan kepadanya kekuatan untuk bertolak ansur dan bertoleransi yang luar biasa"

Malaikat menyentuh ciptaan itu di bahagian dagunya... .

" Ya Tuhanku, kelihatan seperti ciptaan-Mu ini kelihatan seperti lelah dan rapuh. Seolah terlalu banyak beban yang perlu ditanggungnya. "


Sambil tersenyum, Allah menjawab " Itu bukan bererti lelah atau rapuh. Itu adalah air matanya. "


Malaikat kehairanan lalu bertanya " Air mata ? Untuk apa, Ya Tuhanku ? "

" Air mata adalah satu cara untuk diamenyuarakan perasaanya. Segala kegembiraan, keresahan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaannya ", sambung Allah.

Dengan perasaan takjub, Malaikat berkata, " Ya Allah, Subhanallah ! Begitu agungnya ciptaan-Mu bergelar Wanita ini, Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mencipta sesuatu yang menakjubkan yang tak mampu dijawab dek akal".

Allah menjawab, " Ya mesti...

Aku ciptakan Wanita ini supaya dia mempunyai kekuatan mempersona lelaki. Dia kuat mengatasi beban malah mampu melebihi laki-laki.


Dia mampu menyimpan kebahagiaan apatah lagi kesedihannya sendiri.

Dia mampu tersenyum dikala hatinya dihimpit dan diguris kesedihan, menyanyi di saat menangis, menitiskan air matadi saat terharu, bahkan tertawa di saat ketakutan.

Dia mampu berkorban untuk orang-orang yang dicintainya.

Mampu berdiri teguh di kala melawan ketidak adilan apatah lagi makin teguh di kala melihat kebaikan.

Mampu juga menerjunkan dirinya tanpa menghiraukan bahaya untuk keluarganya.

Dia menolong temannya yang kesakitan untuk mendapatkan ubat.

Cintanya tanpa bersyarat !

Dia menangis saat dikurniakan suami disampingnya.

Dia menangis saat melihat anaknya menjadi pemenang.

Dia girang dan bersorak saat melihat temannya tertawa.

Dia begitu bahagia mendengar kelahiran.

Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian.

Dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup.

Dia tahu bahawa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka biar sedalam mana peritnya.

Cuma... .ciptaanku ini punya satu kelemahan... ", terang Allah pada Malaikat-Nya.

Malaikat itu kehairanan. " Ciptaan Allah Yang Maha Agung ini punya kelemahan ? Nyatakan padaku kerana aku tidak memahaminya, Ya Allah".

Allah menjawab, " Ya, wahai Malaikat. Ciptaanku ini punya satu kelemahan ".

Malaikat terus bertanya, " Apa dia, Ya Tuhanku ? "

" Kelemahan ciptaan-Ku ini adalah kerana... . Dia lupa betapa berharga dan istimewa hakikat kejadiannya." , jawab Allah.

Malaikat tunduk tanpa mampu bertanya lagi...

kepada semua wanita yang membaca post ini..sebarkan pada yang lain..anda begitu istimewa di dunia ini.

Monday, March 21, 2011

Ibu saya seorang Pembohong

IBU PEMBOHONG...

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar.

" PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.


Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.

" PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. MAMA pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula."


Ibu tersenyum dan berkata :

"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan

ibu berkata :

"Minumlah nak, ibu tak haus!!"

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Ibu berkata :

"Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki."

PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan

ibu berkata ;

"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."

PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan


ibu berkata :

"Jangan menangis nak, ibu tak sakit." .

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,


'ibu,saya sayangkan ibu.'


Tapi tidak saya.
saya hanya mampu berdoa agar ibu saya d cucuri rahmat.

tribute untuk ibu saya :
Zainab Binti Idris di lahirkan pada 20 febuary 1060
pulang ke rahmatullah pada 4 jun 2006
semoga ALLAH merahmati Roh nya dan Di tempatkan bersama para Solehah.
Al fatihah

Tuesday, February 8, 2011

kerna aku juga tak mengerti

aku jadi resah..
gelisah jiwaku ini bagai meronta ronta..
aku tak tahu kenapa hatiku jadi begini..seribu satu persoalan dan perasaan menerjah aku..
terasa ingin aku meluahkan segalanya..
tapi aku jua tak tahu bagaimana..
berat sangat bebanan yang berada d bahu ini..
tanggungjawab..
itu bukan sesuatau yang membebankan aku..
ini soal perasaan..
soal hati..
kenapa hati ku bagai memberontak ..
kenapa ia bagai d paksa..
mungkin selama ini aku tak pernah sebegini...

aku rindukan aku yang dulu..
aku rindukan hidupku yang dulu..
hidup ku kini agak kusut..
agak serabut..

aku jadi orang lain pada diriku sendiri..

Tuesday, January 11, 2011

AnNa RafaLli - camner bole menag AJL 2010 ..


"camner la dia bole menang...
ni pengadil berat seblah ni.... "

.tu ayat aku dengar time anna rafali di umumkan sebagai juara AJL mengalahkan beberapa calon faverate.( eja cam apetah lantak la blog aku) seperti pejal tahir..black n meet uncle husin..yuna..bunkface..

walaupun saingan AJL memang GILA babAZ punya sengit..tapi aku respek r ngan minah yang bernama Anna rafali ni..dengan Wajah cool n rilek memetik guitar akustik mendendangkan lagu yang asalnya puisi sajer sajer dia tulis time bosan,..

walau pun bunyi bunyi sumbang mengatakan dia tak layak menang..wlaupun ada yang merusuh..mogok lapar..mogok cuti..dan macam macam lagi la mogok mahupun serangan phycologi..keputusan di tangan JuRI..so tak leh bleh wat pa la..duk umah ja la..(hahha)

teringat aku penah jumpe minah ni live masa di jadi tetamu kat MHI tv3.. memang cun gile la..sambil nyanyi lagu HUjan Bunga di kuala lumpur..masa tu lak memang time ujan renyai renyai...hati aku lak yang berbunga..ahhahaha...

ni ada sedikit info sal Anna rafali untuk Di sahre bersama korang.. no tepon aku tak dapat bagi..korang nak korang mintak ngan dia sendri..huhu..



NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985 ( aku 11 des ) nak promote jugak..ahhaha

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur aku kat Perak..

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik
(banyak nyer..ni keturunan anak ramai ni..best best..mudah mudahan banyak zuriat yang comel pas ni)


KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
( aku UITM gak..kat shah alam,,, perh...budak TESL  tu..patot r tak jumpe..)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza

LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me
ape pun tahniah kepada semua pemenang...pada yang tak menang tu tak yah la nak komen komen..redha jer la...tahun depan buat la lagu macam puisi skit ner la tau bleh menang..hahahha...


AJL 2010
Tahniah kepada juara AJL 25 kali ni Ana Raffali dengan
lagu beliau tolong ingatkan aku

dah tahniah juga kepada
Meet uncle hussien/black-drama king
Hafis- noktah cinta

Faizal Tahir untuk persembahan terbaik

 Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
 Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

facebook will end on March 15 ???

 klik untuk besarkan gambar

Anda kenal Mark zukerberg? bukan mat zulkebek atau Mat ju Kner strok tu..

Mark zukerberg pemilik laman so-sial paling femes di masa ini mengistiharkan laman web FACEBOOK akan d tutup pada 15 march ini..hahhaa..pasai apa?? tu yang kita tak taw..

pada mulanya ada khabar angin yang mengatakan MARK terlalu stress ngan over loaded user kat facebook dia..sampai dia tak lena tido..duk teringat kat FB..sampai tido malam pun tak lena..so dia pun Pikir camner la aku nak buat..kang aku tutup facebook kang merusuh lak rakyat dunya ni..maklum la semua dah addict dengan facebook ni..

tapi setelah di beri sedikit petunjuk dan hidayah.. maka MARK pun ambil keputusan nak TUTUP facebook..ok la tu..dari duk tanggung dosa kering orang lain..baik dia tutup facebook ..

satu temubual telah dibuat kepada user FB dan rata rata agak terkujat dengan tindakan Drastik ibarat menyucuk jari d tekak sendiri itu..kata mereka...

apa kami nak buat kalau facebook dah tak der? kata seorang FB mania

(ala seblumm ni tak der FB ok jer..nape tak bleh tutup lak..banyak lagi benda pekdah ada)
kata aku dalam hati bila dengar user gila FB itu bercakap..

sorang penganalisa ekonomi plak berkata
" hang ni bengong la mark zulkerberg..oarang lain duk pulun cari duit hang duk nak tutup syarikat hang..hang tau dak nilai facebook ni kalau hang juai pun cikai cikai hang dapat 7.6 bilion..hang tau dak? la ni saja facebook ni satu dunia duk main..ni hang duk nak tutup pasai apa..bodo nih.. "

p/s -komen  telah di translate dan ditambah nilai oleh tuan blog supaya nampak macam orang kedah.

mark zukerberg plak cakap..
" kawe tak kesah pasal duit yang dapat dari FB ni..kawe nak life kawe semula..kawe lamo doh tak g lepok kedai kak yam makan mee celup..tak dan doh nak g ngail nagan saing saing duk sibuk ngan nate FB sokmo..otok doh kawe...caro la lagu lagu mano pun kawe nak tutup ugok FB nih..!! "

p/s- mark zulkerberg bole cakap kelate seh..~~

hahaha..ini menunjukkan mark zukerberg dah tak kesah sal duit..bagi dia life dia lagi penting dari Fb semua ini hanya donia..
cewah...tu la bila dah terlalu kaya...kita akan rindu life kita seblum kaya.. betol gak cakap MARK tu..bukan duit yang dapat beli kebahagiaan..

apa pun klau btol FB nak tutup 15 march ni..  korang kner wat backup la pic2 yang banyak kat FB tu..nanti kang tak pasal kner delate..hahahhaa..sib baik aku punya skit jer...

hahahha,,,

Thursday, December 16, 2010

disiksa - meyiksa - tersiksa

sape yang disiksa?
sape yang meyiksa?
siapa yang tersiksa?

argh.. tak tau la sejak dua menjak ni aku dapat rasakan kekosongan dalam jiwa aku.
dapat rasa kehilangan sesuatu yang membuat aku rasa tak keruan.

aku tak mengerti kenapa ini berlaku..tak tau la..wat kejer pun rasa tak tenang..banyak benda yang menerjah minda aku.. rasa ingin aku ungkai segalanya.tapi aku tak tau mana puncanya.
kerisauan.. mungkin aku risaukan sesuatu..
mungkin aku terlalu penat dengan bebana tugas.
mungkin aku terlalu taksub mengejar cita citaku. 
mungkin aku terlalu ikutkan perasaan ku.
mungkin aku terlalu menekan hidupku dengan pelbagai impiahn dan buatkan aku rasa tertekan.

sampai aku hilang fokus
apa yang sepatutnya diriku buat.
YA ALLAH..
bantu aku dalam meneraju hidupku..
berikan aku cahaya untuk aku jalani dugaan mu ini.

aku tersiksa ..disiksa dan meyeksa

Tuesday, December 14, 2010

dulu dan sekarang...

rasa macam hidup aku sekarang agak terabai..aku tak lagi punya masa untuk diri aku sendiri..tak punya masa untuk menjadi diri sendiri..
aku mula rasa kosong..
sepi dan sendiri yang membuatkan aku benci dengan diri aku sendiri..
ntah kemana hilangnya sikap ku..
ntah mana hilangnya diriku..aku buntu...adakah aku tersilap percaturan..
adakah aku memiliyh jalan yang bertentanga dengan kemahuan dan cita cita ku..
aku mengcongak kembali..
jika dulu aku bebas menentukan hala tuju perjuangan ku,,perniagaan ku
aku bebas untuik mengatur perjalanan hidupku..
aku bebas buat apa sahaja kemahuanku tanpa perlu bertanya boleh itu..boleh ini..
aku boleh menentukan hitam putih dan hujan panas hidup dan hari ku.
tidak terikat dengan bebanan tugas rutin yang membosankan..
setiap hari pada ku adalah hari yang baru.
hari yang menentukan impian ku 10 tahun lagi.
aku bergelar pelari pecut..yang sentiasa berlari mengejar cita cita BESAR ku.
tak pernah kenal erti penat mahupun lelah..
tak pernah kalah dengan kesusahan dan keperitan..

hurm..kenapa ?? sekarang??
 agak berbeza..

hidupku di cemburui oleh waktu..
jam 8.00 pagi adalah satu jerutan di leher..
jam 5.00 petang adalah rantai di kaki.
setiap pagi aku berlari untuk mengejar waktu hitam seblum bertukar merah pada 08.01
setiap hari aku menghitung masa seblum bunyi jam 5.00 petang...

sekiranya banyak merah dari hitam itu bermakna besar la malapetaka yang bakal menimpa.
bersiap sedia lah dengan  hukuman..

kosong....kosong...kosong...
tiada apa yang dapat aku kongsi pada kamu semua..
kerna aku tidak punya apa..

tapi aku tetap bersyukur dan mengharapkan SESUATU akan berlaku.
aku rindukan hidupku yang dulu..
aku rindukan medan jihad dalam pernigaan ku.
aku tak betah berada di zon selesa yang di dambakan oleh mereka.

kosong

rasa kosong dalam hidup ni..rasa macam aku lost...
kenapa yer rasa macam ni... aku tak mengerti...
bila aku bersendirian..
rasa kosong itu makin mengcengkam..
ya alllah..berika aku kekuatan andai ini ujian dariMU.

Sunday, November 28, 2010

Pam Anderson belakon filem Dr rozmey -100 juta pecah panggung -punya~~~

setelah tamat demam citer 2 alam @ putar alam ,sekali lagi Dr rozmey membuat kezutan ..demi kezutan..
dan kali ni kezutan yang lebih dasyat dari cerita 2012..

cerita apakah itu?

aku pun tak tau jugk sebab skrip pun tak siap lagi..ahhahaha..

kezutanya adalah Dr rozmey ingin melamar PAM ANDERSON bukan pam beskal tau..
untuk beerlakon untuk next filem terbitan DDR production..

betoi ka ni..hang jangan dok wat cheta...
betoi la...
Hari ini Dr Rozmey dengan penuh yakin mengatakan bahawa dia mahu mempelawa Pamela Anderson yang terkenal dengan kisah video seks dengan bekas suaminya Tommy Lee dan gambar bogelnya sama ada dalam majalah ataupun bertebaran dalam internet untuk berlakon dalam filemnya
.


Apa motif Dr ini mahu mengambil bintang yang sudah pudar bintangnya untuk berlakon dalam filem terbitannya? Walhal Pamela bukanlah pelakon yang disegani, melainkan hanya bergantung pada sosok tubuhnya yang memberahikan dan mengiurkan. Mengiurkan dan memberahikan? Ya Pamela pernah dianggap begitu suatu ketika dahulu, mungkin pada zaman Baywatch, hari ini Pamela sudah dimakan usia. Namun, saya tidak fikir Dr ini mahu mengambilnya berlakon atas faktor itu. Jika bukan, apa motifnya? Jika Pamela berlakon, apa pula moral cerita yang ingin Dr ini ketengahkan nanti?

Macam-macam:

[Kosmo] KUALA LUMPUR - Selepas menerbitkan filem 2 Alam yang mula ditayangkan kepada orang ramai hari ini, dR Movie Production kini merancang untuk menerbitkan sebuah lagi filem pada tahun depan.

Menariknya, filem itu bakal dibintangi pelakon sensasi dari Hollywood iaitu Pamela Anderson.

Penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din berkata, dalam filem itu nanti, Pamela akan memegang watak utama.



“Mungkin ramai yang memandang sinis mengenai perkara itu, tetapi ia adalah perancangan utama Dr Movie Production dan saya memang bersungguh-sunguh untuk mengundang pelakon tersebut membintangi filem itu nanti” – Dr Rozmey



"Setakat ini, apa yang boleh saya katakan ialah, pihak kami kini berada dalam proses akhir perincian mengenai kontrak dengan ejen pelakon tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pamela merupakan seorang pelakon seksi kelahiran Kanada yang cukup terkenal dalam industri perfileman Hollywood sejak tahun 1990-an.

Menurut Rozmey, tajuk filem yang akan dihasilkan itu masih belum diputuskan namun ia bakal mengisahkan mengenai seorang wanita warga asing yang telah terdampar di sebuah pulau...- Roni Hidayat Ridwan



maria ozawa ko duduk lek lok sikit kang aku antar ko blakon 3 alam plak.


dari panggil Pam Anderson baik panggil MARIA OzAwa
memang sure pecah panggung macam ni.silap silap 100 juta pun bleh cecah..

100 juta pecah panggung..!!!!

kita tengok komen FB tentang crita ni.. ZASS~~~


peh..dasyat ooo..
pamela anderson leh cakap melayu..patot r Dr rozmey beriya nak ambik akak PAM blakon..




tengah tengah cari gambar yang berkaitan aku jumpe lak gambar ni..

jelazs menunjukkan pengaruh DDR padaz kalangan remajaz sekarang..

syabazs DDR..!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...