aku terkejut mendengar beriat kematian seorang remaja yang di tembak mati dan d tuduh sebagai penjenayah.
aku berada di shah alam ketika itu..
rasanya tempat kejadian tidak jauh dari tempat aku berada..
aku cuba mencari ape sebenarnya yang berlaku pada adik malang ini..
setelah mencari dan bertanya pada orang yang mengenali dia..
aku mendengar berita sebenar dari kawan mangsa..
di sini aku kongsi apa yang aku terjah..
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.
Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.
Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.
Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.
Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya
laporan polis oleh sahabat mangsa..
dalam surat khabar cerita agak lain..yang mengatakan adik malang itu cuba melanggar polis dengan reverse kereta setelah tebabas dan polis melepaskan tembakan sehingga menyebabkan dia mati.
laporan dan cerita dari saksi menceritakan terbabas akibat dari tembakan, magsa mati semasa sedang memandu ( di tembak ) bukan setelah tebabas dan cuba lari..
ape pun ..al fatihah untuk adik malang ini...
nantikan terjah part 2..
No comments:
Post a Comment