Friday, April 30, 2010

di sebalik Cerita pelajar 15 tahun di tembak - part 2


Cerita dari Khalid Samad


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin,
Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Thursday, April 29, 2010

Di sebalik CErita Pelajar 15 tahun di TembaK - versi terjah


aku terkejut mendengar beriat kematian seorang remaja yang di tembak mati dan d tuduh sebagai penjenayah.
aku berada di shah alam ketika itu..
rasanya tempat kejadian tidak jauh dari tempat aku berada..
aku cuba mencari ape sebenarnya yang berlaku pada adik malang ini..
setelah mencari dan bertanya pada orang yang mengenali dia..
aku mendengar berita sebenar dari kawan mangsa..

di sini aku kongsi apa yang aku terjah..

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.


Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.
Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya

laporan polis oleh sahabat mangsa..

dalam surat khabar cerita agak lain..yang mengatakan adik malang itu cuba melanggar polis dengan reverse kereta setelah tebabas dan polis melepaskan tembakan sehingga menyebabkan dia mati.

laporan dan cerita dari saksi menceritakan terbabas akibat dari tembakan, magsa mati semasa sedang memandu ( di tembak ) bukan setelah tebabas dan cuba lari..

ape pun ..al fatihah untuk adik malang ini...

nantikan terjah part 2..

Tuesday, April 20, 2010

Panpal suda kembali..

setelah sekian lama menyepi..
akak panpal kita muncul kembali...
adakah kali ini panpal yang muncul adalah panpal sebenar?
atau sekadar mangkuk ayun yang cuba mengunakan nama panpal untuk meraih sedikit publisiti?
hahahha..
memang sangap dan dahagakan publisti nampakanya
kalau ada yang guna nama panpal untuk tujuan penyamaran..

kenapa perlua ada penyamaran?
menyorokan identiti?
supaya tak di ketahuai?
kenapa? takut sangat ker?
atau inginh menjadi mata mata yang akan merepot kat BIG BIG bOS?
takut sangat kah pada BIg BOS itu?
manusia jugak kan DIA Tu?
tak lari dari kesalahan dan kesilapan?
dalam kata lain tetap tak SEMPURNA?

post kali ini adalah untuk panPAL..hurm..
camaner la muka panpal ni..
bujur sirih kah?
free hair kah ( lelaki kan free hair)
bertudung litup kah?
mak orang kah?
anak dara kah?
nenek orang kah?
encik kah dia?
atau cik atau puan kah dia?
R1 kah dia..Q17 kah?
atau Q41,44,52,atau jusa?

panpal panpal..
harap kamu yang original..
bukan panpal tiruan yang penakot..
dan tiada telor..

Monday, April 12, 2010

Hizbut Tahrir Malaysia

hizbut tahrir?
pernah dengar tak seblum ni?

pengenalan skit..

Hizbut Tahrir dia saskan pada tahun 1953 di Al Quds ( baitul Maqdis), pelestin. Satu Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk megembalikan semula kehidupan islam melalui tegaknya kembali khalifah islamiyah ini di pelopori oleh syeikh Taqiyuddin Al- Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir,dan Pernah menjadi Hakim Mahkamah Syariah di Pelestin..

di malaysia hizbut tahrir mula berkembang sejak tahun 1995 kalau tak silap la.
sampai kini..
setelah mengikuti beberapa program anjuran HT ni..
aku dapat rasakan satu kebenaran yang di singkap oleh hizbut tahrir ini..

so kat sini..sayer ingin menjemput saudara muslimin serta muslimah sekalian untuk menghadiri satu program anjuran Hizbut tahrir Malaysia..

pada sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjuangan yang di bawa oleh hizbut tahrir ini..

di jemput hadir pada tarikh dan tempat yang di nyatakan di atas..

bawa lah bersama teman teman dan hebahkan la..

bersama sama kita jayakan forum ini..

insyaALLAH..

update..update..update..

fuh fuh fuh,,
berhabuk dah blog aku ni..tu la tak update lamer sangat..
bukan tak nak update atau dah tak der idea..
tapi aku ni yang tak punya ruang n masa untuk bercerita..
n berkongsi..
banyak cerita dah seakan basi untuk aku ceritakan dah terpendam sendiri..
hurm..
bebanan kerja n kekangan tugas yang agak menekan dan mengsteresskan aku wat aku jadi penat dan tak bermaya..
kemana hilangnya super azrai?
yang tak kenal erti penat..
yang tak kesah soal stress..
aku dah agak berubah bila masuk aliran selesa berstatus G.O..
mungkin..
ia sedikit sebanyak mengubah aku..
kalau dulu aku seorang yang begitu menghargai masa..
setiap saat itu ibarat nyawa bagi ku..
memanfaatkan 24jam itu sepenuh penuhnya..
rasa macam tak cukup jer 24jam tu..
tapi sekarang..
hurm...
aku mengeluh sendirian..
ini kah hidupku?
aku tersenyum...

cool ker?

hujung minggu yang cool..?
cool ker?
argh.. cool ape kalau asyik bleding jer..
aku pun tak paham naper darah ni kua kalau stress or hyper?
macam period la plak.
ni kner beli kotex ni..
maxi..ada wing..hahahhah..
boleh terbang punya..
huhuh..

mungkin memikirkan masalah kot..
hurm..dalam sakit sakit ni sempai lagi g dengan brifing nak bukak TELCO n POST..
seriusly macam menarik..
45k untuk kiosk..
60k untuk kedai..
hurm...bisnes lagi...bia la bertenang dulu..
coolkan stress..
baik docter...!!!!

ubat kuning bujur tu malas tul nak aku abiskan..
kalau makan jer..
sure aku flat..
jadi tak bermaya..
seolah khayal..
betul ubat itu untuk bagi body system aku " berehat"
tapi aku tak suka..
hurm...aku cume lawan dengan cara aku sendiri..
degil kan?
anak mama ni memang degil..
mama tau kan anak mama ni camaner...
termenung..mengingati secebis memori bersama mama..
hurm..rindunya,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...