Tuesday, January 11, 2011

AnNa RafaLli - camner bole menag AJL 2010 ..


"camner la dia bole menang...
ni pengadil berat seblah ni.... "

.tu ayat aku dengar time anna rafali di umumkan sebagai juara AJL mengalahkan beberapa calon faverate.( eja cam apetah lantak la blog aku) seperti pejal tahir..black n meet uncle husin..yuna..bunkface..

walaupun saingan AJL memang GILA babAZ punya sengit..tapi aku respek r ngan minah yang bernama Anna rafali ni..dengan Wajah cool n rilek memetik guitar akustik mendendangkan lagu yang asalnya puisi sajer sajer dia tulis time bosan,..

walau pun bunyi bunyi sumbang mengatakan dia tak layak menang..wlaupun ada yang merusuh..mogok lapar..mogok cuti..dan macam macam lagi la mogok mahupun serangan phycologi..keputusan di tangan JuRI..so tak leh bleh wat pa la..duk umah ja la..(hahha)

teringat aku penah jumpe minah ni live masa di jadi tetamu kat MHI tv3.. memang cun gile la..sambil nyanyi lagu HUjan Bunga di kuala lumpur..masa tu lak memang time ujan renyai renyai...hati aku lak yang berbunga..ahhahaha...

ni ada sedikit info sal Anna rafali untuk Di sahre bersama korang.. no tepon aku tak dapat bagi..korang nak korang mintak ngan dia sendri..huhu..



NAMA PENUH: Ana Nur Hidayah Mohd Raffali

NAMA SINGKATAN: Ana Raffali

TARIKH LAHIR: 4 November 1985 ( aku 11 des ) nak promote jugak..ahhaha

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur aku kat Perak..

ADIK-BERADIK: Anak ke sembilan daripada 11 beradik
(banyak nyer..ni keturunan anak ramai ni..best best..mudah mudahan banyak zuriat yang comel pas ni)


KARIER: Penyanyi dan penggubah lagu

PENDIDIKAN: Graduan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (Kepujian), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
( aku UITM gak..kat shah alam,,, perh...budak TESL  tu..patot r tak jumpe..)

MUZIK YANG DIGEMARI: Rock, alternatif, pop & klasik

ALAT MUZIK: Gitar Martin & Co 000-15

IDOLA: M Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza

LAGU YANG DICIPTA: Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Cuba Jangan, Ketika Aku Kecil, Ingatkan Aku, Tingkap Kaca, My Darling, Ghost, Lovely Lovely Scene dan Paint Me
ape pun tahniah kepada semua pemenang...pada yang tak menang tu tak yah la nak komen komen..redha jer la...tahun depan buat la lagu macam puisi skit ner la tau bleh menang..hahahha...


AJL 2010
Tahniah kepada juara AJL 25 kali ni Ana Raffali dengan
lagu beliau tolong ingatkan aku

dah tahniah juga kepada
Meet uncle hussien/black-drama king
Hafis- noktah cinta

Faizal Tahir untuk persembahan terbaik

 Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku Lirik

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
 Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

facebook will end on March 15 ???

 klik untuk besarkan gambar

Anda kenal Mark zukerberg? bukan mat zulkebek atau Mat ju Kner strok tu..

Mark zukerberg pemilik laman so-sial paling femes di masa ini mengistiharkan laman web FACEBOOK akan d tutup pada 15 march ini..hahhaa..pasai apa?? tu yang kita tak taw..

pada mulanya ada khabar angin yang mengatakan MARK terlalu stress ngan over loaded user kat facebook dia..sampai dia tak lena tido..duk teringat kat FB..sampai tido malam pun tak lena..so dia pun Pikir camner la aku nak buat..kang aku tutup facebook kang merusuh lak rakyat dunya ni..maklum la semua dah addict dengan facebook ni..

tapi setelah di beri sedikit petunjuk dan hidayah.. maka MARK pun ambil keputusan nak TUTUP facebook..ok la tu..dari duk tanggung dosa kering orang lain..baik dia tutup facebook ..

satu temubual telah dibuat kepada user FB dan rata rata agak terkujat dengan tindakan Drastik ibarat menyucuk jari d tekak sendiri itu..kata mereka...

apa kami nak buat kalau facebook dah tak der? kata seorang FB mania

(ala seblumm ni tak der FB ok jer..nape tak bleh tutup lak..banyak lagi benda pekdah ada)
kata aku dalam hati bila dengar user gila FB itu bercakap..

sorang penganalisa ekonomi plak berkata
" hang ni bengong la mark zulkerberg..oarang lain duk pulun cari duit hang duk nak tutup syarikat hang..hang tau dak nilai facebook ni kalau hang juai pun cikai cikai hang dapat 7.6 bilion..hang tau dak? la ni saja facebook ni satu dunia duk main..ni hang duk nak tutup pasai apa..bodo nih.. "

p/s -komen  telah di translate dan ditambah nilai oleh tuan blog supaya nampak macam orang kedah.

mark zukerberg plak cakap..
" kawe tak kesah pasal duit yang dapat dari FB ni..kawe nak life kawe semula..kawe lamo doh tak g lepok kedai kak yam makan mee celup..tak dan doh nak g ngail nagan saing saing duk sibuk ngan nate FB sokmo..otok doh kawe...caro la lagu lagu mano pun kawe nak tutup ugok FB nih..!! "

p/s- mark zulkerberg bole cakap kelate seh..~~

hahaha..ini menunjukkan mark zukerberg dah tak kesah sal duit..bagi dia life dia lagi penting dari Fb semua ini hanya donia..
cewah...tu la bila dah terlalu kaya...kita akan rindu life kita seblum kaya.. betol gak cakap MARK tu..bukan duit yang dapat beli kebahagiaan..

apa pun klau btol FB nak tutup 15 march ni..  korang kner wat backup la pic2 yang banyak kat FB tu..nanti kang tak pasal kner delate..hahahhaa..sib baik aku punya skit jer...

hahahha,,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...