Friday, September 17, 2010

syahdu Syawal

Allah hu akbar ..
Allah ..hu akbar
Allah hu akbar...

laungan takbir memecah keheningan pagi syawal itu..
biasanya mama akan kejut kami 4 beradik bangun awal..bersarapan dan terus ke kubur arwah atok n nenek..
sarapan pada pagi syawal 2005 itu adalah rendang ayam dan ketupat.
lepas sarapan kami akan ke pusara atok n nenek sebelum semayang raya..
ramai sanak saudara yang menziarahi pusara yang selama ini sepi.. walaupun pagi itu masih baru ..masih berkabus.
begitulah setiap tahun..
cuma bezanya.. tiada lagi suara mama yang mengejutkan kami..
berganti dengan suara aku..

alin.. bangun...lin dah pagi dah ni...bangun la..kita nak g kubo mama ni..

awe.. bangun wan.. kita nak g kubo mama ni..

adik adik ku mengeliat.. penat mengemas rumah mungkin masih tak hilang lagi..lepas mereka bangun..aku ke dapo menyediakan sarapan.
menu tahun ni
lontong , nasi impit , dan rendang ayam.
tiada kuah kacang..agak rumit untuk aku sediakan..( tak reti sebenarnya setelah cubaan beberapa kali seblum ni gagal )

selepas sarapan..aku membawa adik adik ku ke tempat biasa ..pada pagi syawal ni..
kabus masih ada bersisa ..embun masih ada d hujung rumput..
tikar ku bentang mengadap 3 pusara ..

perlahan...

yasin...
wal Quran nur hakim..
in' nakala minal mur'saalim ....

penuh sebak dalam dada...



rasa yang tak dapat di gambarkan dengan kata kata..
alunan surah yasin itu cukup syahdu..meruntun hati.. menyebakakn dada yang membacanya..
air mata mengalir perlahan.. aku cuba sembunyikan pada pandangan adik adik ku..
ya Allah..kuatkan la hati ku ini..



tak berdaya menahan sebak itu..
aku lepaskan bersama surah yasin..sehingga tamat.
lepas segala rindu ku ini..rasa seolah aku dekat dengan mama..ketenangan menyelubungi hati ini..
aman.. terlepas segala beban rindu di hati ini..

Ya Allah Ya Tuhan Ku..
Tempatkan la Ibu Ku.nenek ku dan datok ku dan orang orang islam yang telah meninggal bersama orang orang yang engkau kasihi. ampunkan Dosa mereka. Ringankan lah azab Kubur Mereka.kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihani aku.Ya Allah sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

amin~
amin~
Ya rabbal Al Amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...