Friday, February 3, 2012

Perenggan pertama tahun 12

Rangkap 1 adalah pembuka ,
tahun 12 telah masuk rangkap 2 tapi aku masih belum sempat menulis sepatah pun kata.
kesibukan tugas harian dan perniagaan makin membunuh masa luangku untuk menulis.
kadang kadang aku rasa seperti menodai blogku sendiri..mecabul hak asasi minatku...
hahhahahha.. ada ke camtu..

Rasa macam nak kentut tapi tak keluar..dah cuba kentut tapi tetap tak kua...
itu lah rasa nya kalau apa yang aku nak tulis tapi tak dapat nak tulis dalam blog...seksakan???
bunyinya agak klaka namun ianya begitu lah..

Tahun ini rasanya banyak perkara dan perubahan yang aku dah plan..
rasnay perlu anjakan pemikiran dan perlu perubahan momentum dalam hidup di zon selesa.
rasa ingin mersai intisaripati hidup yang pahit,manis,payau dan kelat.
mungkin sudah bosan dengan jadual kosisten 8pagi hingga 5 petang itu.
rasa terkongkong dengan pUCHkad / ThuMB PRINT yang ibarat malaikat yang mencatat waktu.
kalau lewat di tulisnya dengan dakwat merah - habis lah kau ke neraka~~~
kalau biru di tulisnya dengan dakwat hitam- nasib baik kau hari ini.

hahahaha... sebenarnya ada bagusnya dikawal sebegitu ibarat punya bodyguard yang bizibody.
boleh membentuk disiplin jika dipraktikan dengan betul.tapi andai seringkali melanggar dan waktu yang terpamer adalah MERAH.MERAH,MERAH DAn MERAH. da ternyata merah itu bukan lambang SEKSi mahupun semangat.tapi ia lebih kepada lambang KEMALASAN,KETIDAK DISPILNAN.
DAN jika itu berlaku ..
maka itu tandanya segaja mencari masalah.
ibarat mengejutkan naga yang sedang tidur..pasti sekali naga besar  itu mehamburkan apinya ke arahku.
hahhahah..ni klau bos aku baca mati aku..

apa pun thun 12 ini tahun NAGA.
tahun yang banyak ong oleh kepercayaan kaum cina.
tahun yang dilimpahi rezki..
mudah mudahan..
dan aku berharap thun ini adalah tahun yang penuh bermakna untuk aku dan hidup aku.
perjuangan masih belum selesai.

Tuesday, December 20, 2011

KO MEMaNG BLOGgER MURAHAN - PENGHECUT-G MAMPOS LA KAU


Beutiful NAra.Khai,cik epal,fatin suhana,fatin zalikha,hubbulilahiyah,papa mama,kuodamainframe,  banyak lagi blogger blogger top malaysia yang diperhatikan oleh blogger murahan .tapi pernah tak korang tau nape kadang kadang ada blog2 seolah mengapi apikan blogger lain .

KO MEMaNG BLOGgER MURAHAN - PENGHECUT, G mampos la kau!!!!!
itu satu sumpah seranah yang aku dengar dari Top Top Blogger yang sering digunakan oleh blogger murahan untuk mencuri traffic???

bagaimana trafic ini boleh dicuri????
senang dan cukup mudah.

cara nya dengan membuat post yang menyakitkan hati blogger top- slalunya KRITIKAN pedas yang tak sedap dihadam oleh perot dan mata mahupun mulut.ditampah kata kata umpatan ,cacian kan perlekehan yang mampu menimbulkan api kemarahan yang membuak buak dalam diri blogger yang menjadi magsa.
hasilnya blogger yang tengah amarah dan dihasut pulak oleh setan untuk membalas post blogger murahan itu dengan memasukkan link post blogger murahan itu kedalam post beliau dan mengfowardkan kepada top top blogger lain supaya menyerang (memberi respon) terhadap kutukan blogger murahan tadi.

hasilnya :

trafik blogger murahan itu yang selama ini hidup segan mati tak mau terus mencanak naik ibarat roket US Apollo yang diguna pakai oleh Neil Amstrong masa naik kat bulan , nasib baik beliau sampai kebulan kalau tak sure Dr Syeikh Muzzaffar tak jadi g bulan mungkin g sambung blaja yang tertunggak itu lebih baik.

maka tersenyum giranglah Blogger Murahan itu hasil dari Backlink dari top top blogger kedalam blog nya yang ibarat reban ayam yang miring tunggu masa nak roboh sahaja besok.

so disini , andai anda pernah menjadi mangsa atau pun pemangsa ataupun sekadar terbaca artikel PANAS yang diluahkan oleh bloGGer murahan ini baik anda wat derk jer,,

G MAMPOS LA KAU!!.. cakap kuat kuat..
G MAMPOS LA KAU!!

dengan cara itu Blogger mUrahan tersebut tidak dapat merompak Trafik anda hasil dari Backlink yang anda buat. maka blognya akan suram dan bermuram durja samapi satu tahap dia akan menjadi loser dan tetap menjadi Blogger Murahan yang hidup dalam alam khayalan sendiri.

Ejaan lama PENGHECUT adalah satu metafora yang aku gambarkan untuk blogger murahan.

SHiT !!!!!!!!! ENd oF ChepTER 2011

seriusly
lama tak update.. tu la bukan takder story mory nak citer tapi masa tu macam berlari lari nak dikejar.
tahun 2011 akan berakhir maka berakhirlah satu chapter yang telah Tuhan Anugerahkan untuk aku lalui..

so mari kita buat penilaian SHiT??
 apa itu SHiT?? 

yang pasti ia bukan tahi yang terpalit pada bontot se ekor kucing yang baru sahaja melepaskan hajat setelah merembat ikan goreng kat bawah saji kat dapo..Dia dia juga bukan lah sesuatu yang tidak senonoh itu ..

SHiT adalah Sasaran HIdup Tahunan ( SHiT ) sesuatu yang dinilai berdasarkan azam tahun yang baru..
so tahun ni mari kita lihat apa SHiT yang ada tahun ni..


1. KONFOM KERJA

Alhamdulillah , walaupun bos aku tak suka sangat ngan aku dan pernah berniat jahat untuk tidak meng 'konform' kan aku dari jawatan aku. tapi TUHAN tu MAHA BESAR. kalau DIA kata KONPOM..sure KOMPOM gak aku..huuuh apa pun alhamdulllah.


 2. BERSIH

Walau pun tak mendapat sokongan ramai aku tetap MEnyertai BERSIh dengan tak berjayanya. aku bukan sebagai penunjuk perasaan seperti BERSIH sebelum ini,tapi aku menghantar bangla bangla untuk menjual air mineral untuk penunjuk persaan,lantak la diorang nak tunjuk hape pun janji air mineral aku 1 seringgit.hahhaha.

3. ANAK SEDARA BARU


Yeah tahun ini sekali lagi gelaran pakcik berbunyi riang.. pak ngah atau ayah ngah mana lagi best.. kalau dulu ada sorang Mohamad Nur Iman sekarang tambah lagi sorang Nur Safiyyah.. hurm rasa makin tua jah.hahaha.apa pun WELCOME TO MY BIG FAMALY..

PAINTABALL BATTLEFIELD

Rasanya tak lengkap kalu tahun ni tak aku joint paintball.. tapi tahun ni best skit la.sebab wat kat tempat kerja aku so dapat la main puas puas.Abis sumer orang kau tembak.marshall..teammate..enamy..pom pom gurl.. sume ada. alhamdullah kejuaraan memilak kepada aku lagi musim ni,(nasib je pon) hahahha tu la komen dari team yang jeles ngan kemenangan aku..huhuh

SIAKAP MONSTER LUKUT

Setelah sekian lama mengidap siakap monster yang menjadi raja muara di kuala lukut , maka tahun ni telah berakhirlah penantian selama 2 tahun sejak aku kenal lubuk ni. dapat gak naik 4.6 kilo walaupun ianya kecik jika dibanding dengan siakap kolam sebelum ini tapi kuasa tarikan dan semangat juang ikan ini buat aku ketagih nak g mancing walaupun perjalanan ke san amakan masa 1 jam lebih.

NEW BISNESS KONSEP


walaupun dah bergelar G-S - goverment servant (hamba kerajaan) namun aku tetap berusaha untuk maju setapak lebih dari hamba hamba lain. g mampos la diorang nak kata apa.yang penting ini rezki halal oleh Allah untuk aku kongsi bersama adik adik aku. Maka terciptalah AROI LOKCING STEAMBOAT GRILL. Perniagaan yang menguntungkan ala francais yang mampu milik. www.steamboatfactory.blogspot.com

RAYA DALAM HUTAN


Memang diketahui kalau korang kata ku tak waras atau hilang akal sekejap aku pasrah kerana aku tau apa yang aku buat ni diluar kotak pemikiran akal waras kalian.tapi inilah buktinya menyambut hari raya di dalam hutan - lokasi Air terjun  Lata hammer Bentong pahang.gila . memang Gila.

GUNUNG STONG PART 3
Setelah 3x naik masa muda muda dulu.tahun ini aku membuktikan pada yang memperlekehkan dan memperkotak katikkan kemampuan aku untuk menawan g.stong. Wei walaupun korang kata aku boroi..aku bleh naik gunung tau. so ini membuktikan aku masih berstamina dan bersemangat waja.cewah..

PROJECT AYAM KAMPUNG ORIGINAL n AYAM DAGING


Alhamdulillah diberi satu peluang dan ruang untuk menhandle project ayan kampung dan ayam daging . walaupun still on going namun impak nya sudah terasa.mudah mudahan TUHAN beri jalan yang lebih baik untuk aku n adik adik.

so itu sahaja SHiT 2011..

sepatotnya banyak lagi.. tapi tu la musuh utama aku selalu kacau.
MASA.. itulah musuh yang selalu wat aku teertekan.
so harap korang berpuas hati ngan coretan yang bias ini.
korang punya sHiT apa cerita????

Monday, October 17, 2011

kenapa UMAT ISLAM SEMBAH KAABAH

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

"kaum yahudi itu adalah ancaman kamu dan iblis adalah musuh kamu yang nyata"
azrai marcell oktober 2011

Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan coner - Bila kau nak kawin?

ni gambar Usop Wilcha kawin..lawa tu bini dia..untung abang usop yer..
naik wilcha pun ada awek cun sangkut.tu blum naik ferari lagi. kelas gitu~~



korang mesti pernah ditanya dengan soalan ini.

BILA NAK KAWIN?

pastinya korang akan jawab.

a. belum ada calon.
b. nanti la dulu muda lagi..
c. duet tak cukup lagi,camner nak kawin.
d. nak blaja dulu pastu baru kawin.
e. muda lagi la...
f. baru abis blaja,nak kejer..beli keta beli umah tolong mak ayah baru nak kawin.
g. tak stabil lagi la skarang.
h. banyak sangat calon tak tau nak pilih yang mana
i. rilek la..zaman muda hanya sekali,kawin awal tak bole enjoy.

dan banyak lagi variasi jawapan yang sering kita dengar bila solan itu di tanya.
ada juga yang membiarkan pertanyaan tu tergantung tanpa jawapan dan hanya disembunyi dengan satu senyuman.

seperti mustahil jika ada antara kalian terutama mereka yang sedang berada dalam zaman keremajaan menjawab 'Tidak Pernah' berfikir tentang soal kahwin ini.


Lebih-lebih lagi kita sekarang ini berada di dalam dunia yang penuh dengan arus kemodenan dan selalu disogokkan dengan adegan-adegan yang mendorong kita untuk turut menceburkan diri dalam arus percintaan, kisah-kisah cinta yang dikatakan sejati dan kekal abadi ini bukan sahaja dipaparkan di dalam televisyen semata mata malah turut dihidangkan di dalam media cetak yang menerbitkan berpuluh-puluh karya ber 'genre' percintaan setiap bulan.

Lalu tidakpelik la kalau anak-anak remaja masa kini lebih menyayangi kekasih masing-masing berbanding keluarga. Maka kedengaranlah berita-berita yang menyedihkan membabitkan anak gadis lari bersama kekasih ke Lombok, ke negeri lain dan sebagainya.

Soalan yang sering menghantui seorang perempuan berkaitan dengan jodoh.

Saya bukan sesiapa, saya seorang gadis biasa, Dengan siapa aku akan berkahwin? Ada ke lelaki yang benar-benar mencintai aku? Kalau tak jumpa jodoh lepas umur 30 tahun macam mana? Risaunya...

Gadis 'Pemalu' A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.


Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.

Gadis Teringin C: 'Jealous'lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat 'assignmen't pon sama-sama. Tapi aku?

Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.

Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.

Malah ada juga yang mungkin berfikiran:


"Aku tak nak kahwinlah.. mak cik aku okey jer tak kahwin." Nauzubillah...
 
Kita tengok perbezaan LELAKI bila ditanya soal jodoh.
 
lelaki pemalu : aku suka awek tu. tapi aku tak nak bagitau dia ,malu la , kot kot awek orang ke,takpe la ..ada jodoh ada la..
 
lelaki Pasrah : aku dah 45 kali putus cinta, aku tak kesah dah,cantik ke tak cantik ke,aku terima dia seadanya.
 
lelaki teringin : dah 5 kali aku cuba lamar dia,dia buat dek jer kat aku.. aku tau la aku tak hensem,tak berharta,,,
 
lelaki redha : baik ada awek tak lawa,dari ada awek lawa nanti jadi perhatian orang,silap silap kner kebas.
 
lelaki berkerjaya : sebelum kawin aku nak ada keta ,umah,dan duit simpanan yang cukup untuk menjamin masa depan aku n isteri aku nanti.
 
lelaki sedar diri : aku dulu pun bukan baik sangat, so tak kesah la  dapat awek tak berapa baik sangat. aku bukan ustaz nak dambarkan seorang ustazah.
 
lelaki ego : aku hensem..mesti la awek aku kner cantik baru la secocok.
 
lelaki tak kesah : saya tak kesah,asal dia baik dan boleh terima masa silam saya ,saya boleh je kawin ngan dia.
 
lelaki poyo : tak puas hati tol la.camner la awek cun tu boleh dapat kat mamat tak hensem tu..aku lagi layak dari mamat tu la...
 
begitu la jika ditanya pada majoriti lelaki, macam macam variasi jawapan.
 
tapi bila bercakap soal jodoh.ramai orang bercakap
" PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK"
 
boleh diterima kah kenyataan di atas?
Firaun laknatullah di jodohkan dengan asiah seoarang yang beriman pada ALLAH.
 
kalau lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, macam mana pula dengan perempuan yang "kurang baik" adakah hanya layak dijodohkan dengan lelaki yang 'kurang baik" sepertinya juga?
 
kalau begitu bagaimana perempuan itu nak berubah menjadi lebih baik andai tiada pembimbing yang lebih baik.
 
Jodoh itu rahsia Allah.
kita mampu merancang , Tapi Dia maha mengetahui segalanya.
 
jangan bersedih andai jodoh anda tidak seperti yang anda impikan.
mungkin ada hikmah dari ALLAH untuk anda sempurnakan.
 
terimalah pasangan anda seperti mana pasangan anda menerima anda.
 
 
 
 

Ramadhan coner- Saya tau saya tak cantik

"Phewittt!!!!!
 Aweks cun lalu lah. Wahhh!!
Comelnya dia.
Perghh!!
Dia jeling!
Assalamualaikum boleh abang nak kenal?"
Meh la beli kat abang..abang bagi Free je..



usik sekumpulan budak yang niaga bazar kat seblah aku..,
sampai lupa bulan bulan puasa ni kner jaga mata,mult dan segalanya..

di seblah sana pulak

"Baju yang artis Korea ni pakai  cute sangat-sangat! Very love her!
Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa?
Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.


suka gambar adik ni..mata dia bulat macam haliza..huhuhuuh


KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?

Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?

Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.

Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.


Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.

Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.

Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.

Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?

Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
tipulah kan kalau haliza ni tak cantik ..
tapi ada gak bagus jadi orang yang biasa biasa sahaja


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar...
Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..



Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan coner - kisah bebar-kalau tuhan baik, kenapa cipta NEraka

Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.


Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan".

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.


Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.


Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.
Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."


sekian-untuk di kongsi teman teman.

Ramadhan Coner-13 sebab kenapa perempuan tak bertudung

Salam A'laik. alhamdulliah ramadhan datang lagi membawa sinar rahmat dan kejayaan.tapi ada di anatra kita masih kurang cahaya rahmat walaupun dah banyak kali ramadhan datang dan pergi dalam hidup mereka. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.














“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


*Nak tengok alasan serta jawapan yang lebih detail dan berhemah untuk golongan sperti ini, boleh klik syahirul.com.


p/s: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)


Tuesday, July 5, 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 Ironi Sebuah Demokrasi atau Boneka Politik Bacul

Heboh ..
Bising umpama ribut yang melanda negara Malaysia mengenai perhimpunan HARAM yang di namakan BERSIH 2.0 bakal mengegarkan negara dengan pelbagai kemungkinan.KERISAUAN jelas MEMBELENGU dan BANTAHAN demi BANTAHAN di KEMUKAKAN untuk MENYEKAT kebangkitan GELOMBANG KUNING ini.

tentunya masih ada yang tak mengerti apa itu BERSIH dan Perjuangan nya.

MARI KITA LIHAT APA ITU BERSIH.




BERSIH ialah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil. BERSIH ditubuhkan dengan anggota komitinya dianggotai oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI).



BERSIH dilancarkan secara rasmi pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin parti politik, dan pihak bukan kerajaan, termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PKR, Sivarasa Rasiah - timbalan presiden PKR, Setiausaha Am DAP - Lim Guan Eng, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan MP bagi Seputeh Teresa Kok, timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pemuda PAS - Salahudin Ayub, Setiausaha Am PSM S. Arutchelvan, Kongres Persatuan Pekerja Malaysia - Syed Shahir Syed Mohamud, esekutif direktor WDC - Maria Chin Abdullah dan esekutif direktor SUARAM - Yap Swee Seng.


BERSIH telah menganjurkan perhimpunan 100,000 orang di Dataran Merdeka pada hari Sabtu, 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang. 26 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang turut serta. Pemimpin yang terlibat ialah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdul Hadi Awang bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Negara.

PERHIMPUNAN BERSIH 1.0 - TAHUN 2007


Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.



Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

 (sempat lagi posing )


Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.


BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.




Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman enggan memberi permit perhimpunan ini bagi mengelak kejadian tidak dingini. Tetapi ramai pengulas mendakwa bahawa sebab yang diberi oleh Polis dan Kerajaan ialah alasan sahaja.


Mereka mendakwa bahawa UMNO dan parti komponen Barisan National takut akan kehilangan  kuasa sekiranya pilihan raya adil dan bersih terlaksana . Pengulas tersebut menegaskan sebagai bukti bahawa kebanyakan kekecohan rakyat (terutama pengguna jalanraya) pada hari sabtu itu, berlaku kerana tindakan Polis, tidak kerana tindakan penyokong Bersih atau penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan

TUNTUTAN BERSIH

Dalam Memarandum tersebut Bersih ada 4 tuntutan yang utama:






1. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan;

2. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;

3. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

4. Akses media yang adil kepada semua pihak dalam pilihanraya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat Malaysia.

KENAPA PERMIT TAK DI LULUSKAN??


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berulang kali menegaskan agar orang ramai tidak ke Dataran Merdeka dengan berbaju kuning kerana perhimpunan ini tidak mendapat permit polis dan bermaksud perhimpunan ini haram untuk disertai.




Antara sebab-sebab yang diberi oleh pihak polis ialah:



1.Jika sekadar menghantar memorandum, tidaklah perlu perhimpunan sampai 100,000 orang dan kempen hingga 2-3 bulan sebelum itu. Perhimpunan ini cuba meniru gaya perhimpunan para sami dan orang ramai di Myanmar yang berbaju merah. (Kuning juga merupakan warna konfeti yang dipergunakan oleh para penyokong Corazon Aquino untuk menggulingkan Presiden Ferdinand Marcos di Filipina pada tahun 1986 . Begitu juga dengan perhimpunan lorya jirga di Afghanistan hingga mengorbankan berpuluh-puluh nyawa akibat letupan bom.

2.Melalui pengalaman lalu di Malaysia, perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berakhir dengan 'rusuhan' ala perkauman atau ala agama. Sedangkan Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang cukup sensitif dengan isu agama dan isu kaum.

3.Perhimpunan di Dataran Merdeka bukanlah budaya di Malaysia. Malaysia tidak perlu mengimport budaya ini dari mana-mana negara kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian di Malaysia terutama sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.

BERSIH berpendapat bahawa adalah tidak adil bagi pihak polis tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan perhimpunan ini kerana ia hanyalah menyuarakan suara rakyat di sini. Selepas perhimpunan, mereka mendakwa bahawa tindakan Polis (dengan langsung Kerajaan Malaysia) ialah punca keganasan dan kesesakan lalu lintas, bukan para penunjuk perasaan. Polis Malaysia juga dikritik kerana bertindak dengan kekerasan berlebihan terhadap peserta perhimpunan aman.

SETELAH 4 TAHUN BERLALU KINI

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

9 JULAI 2011




Perhimpunan Bersih 2011 atau 'BERSIH 2.0' dirancang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan . Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada 2007 dengan matlamat untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia.


Lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru ,Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka . Rakyat Malaysia di lokasi lain termasuk di Australia akan menyertainya


PELANCARAN



Pelancaran rasmi BERSIH 2.0 telah diadakan pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Hishamuddin Rais , Nurul Izzah Anuar , CikguBard, Arul, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan lain-lain

MATLAMAT PERHIMPUNAN

( klik untuk besarkan gambar ini )

Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai . Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya . SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi . Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.


Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan

UNDIAN RAKYAT
 
 
Menurut maklumat yang didakwa oleh akhbar rasmi PAS iaitu Harakah, menerusi edisi Jumaat 1651. Satu undian umum telah dilaksanakan oleh akhbar berbahasa Inggeris Malaysia iaitu The Star (Malaysia) menerusi perkhidmatan dalam taliannya iaitu The Star Online, mengenai pandangan umum tentang pelaksanaan Perhimpunan Bersih 2.0 (2011) yang dijangka dibuat secara besar-besaran pada 9 Julai 2011. Suatu keputusan mengejut telah dikeluarkan menerusi portal rasmi akhbar tersebut. Selain dari akhbar Harakah, portal rasmi Malaysiakini juga turut memaparkan dakwaan yang sama.


Soalan undian adalah dalam bahasa Inggeris seperti ini, "What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally in July 9?" yang bermaksud "Apakah pandangan anda berkenaan pelaksanaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?"

Keputusan yang dapat diambil sehingga 21 Jun lalu menunjukkan 99% pengundi yang terdiri dari 1,312,917 pengundi mengatakan himpunan patut diteruskan. Manakala 1% pengundi pula yang terdiri dari 14,222 pengundi mengatakan himpunan perlu dibatalkan. Perkara ini dilihat sebagai tamparan hebat kepada usaha kerajaan Malaysia untuk menyekat majlis himpunan besar-besaran ini dari diadakan khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Dakwaan akhbar Harakah juga menunjukkan sehingga jam 12.25 pm pada 21 Jun 2011, jumlah undian meningkat sehingga 1.3 juta pengundi jika dibandingkan sehingga jam 6.11 pagi pada tarikh yang sama hanya sekadar 527,330 orang responden. Undian ditutup serta-merta oleh pihak The Star Online pada 21 Jun 2011

BANTAHAN AWAL



Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Mereka menamainya sebagai Gerak Aman.  1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.


Bantahan daripada PerkasaDatuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.

Bantahan Pemuda UMNO, Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan Himpunan Patriot bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

PERSOALAN DAN CETUSAN

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Proses demokrasi kita adalah melalui pilihan raya.seperti apa yang dituntut oleh BERSIH supaya Pilihanraya lebih TELUS dan BERSIH ianya mungkin satu umpanan bagi meraih sokongan penyokong yang fanatik dengan momokkan korupsi di dalam sistem pilihanraya malaysia.

Sekiranya BENAR berlaku korupsi tentunya PEMBANGKANG tidak mendapat peluang untuk menguasai negeri negeri yang ditumbangkan pada PRU 12 lalu. BACUL kah Semua ahli Politik di Malaysia ini jika menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai satu tunggangan , jika BENAR SPRM korup dan menjadi boneka kepada ahli politik BACUL dan PONDAN ianya sama sekali tidak releven untuk diteruskan.

Gelombang Bersih ini ibarat satu tamparan pada MEREKA yang terlalu selesa di kerusi EMPUK, atau ia ibarat pepijat yang ada di tilam LEMBUT yang selama ini mengulit tidur sang pemimpin.

BANGUN!!!!
bangsa Mu sedang di Peralat Oleh Kafir laknatullah.

BANGKITLAH!!!!!
Berjuang Untuk AGAMAmu , BANGSA mu DAN Negara MU...
 habiskan MUSUH MUSUH mu.

Wednesday, June 29, 2011

918 hari @ 2 tahun 7 bulan 7 hari.

23 Desember 2008
Dataran Shah Alam

Hari terakhir aku memandang sepasang mata redup yang mendamaikan jiwa itu. penuh masalah dan ada sisa tangisan berbasi air mata kesedihan mungkin. ada kejujuran yang polos menerobos hati ini. aku yakin dia jujur menyatakan keadaan sukar ketika itu dan jalan yang di ambil kami bukan mudah . jalan yang menyiksakan kedua jiwa.

" andai kau bahagia  aku turut bahgia kerna itu adalah pengorbanan untuk cinta walupun maksudnya derita"

mungkin aku mangsa..dan dia terpaksa.

-tamat-

hidupku bermula dari angka sifar.



 29 Jun 2011
Makmal biomolekul , Serdang.



Tanpa diduga diketemukan secara tak kuduga dan tidak ku pinta. pertemuan yang dirancang oleh NYA barangkali.Pertemuan Tanpa Suara dan tanpa bersua..Aku tak menyapa.aku Tak tinggalkan apa apa kesan dan jejak.
aku hanya melihat satu kehidupan keluarga.
aku melihat satu kebahagian yang di idam oleh hampir semua makhluk.
aku melihat dan terus melihat .

tersenyum sendiri.
seorang puteri barangkali.
rambutnya ikal dan keringting halus. cantik dan comel.

mudah mudahan kau bahgia selamanya.
terima kasih.

aku tersenyum.

butang merah bersilang putih X disudut kanan komputer aku tekan.

window close.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...