Saturday, March 27, 2010

abang Jual DadAH ? bagi SekiLO YEr...

terkejut tak bila baca notis ni..
cube korang bayang kan notis ni tetampal kat pintu bilik korang..
bilk air umah korang ker..
bilik anak anak korang ker..
memang angin satu badan kan?
maner nak tido malam ni..
tapi ni satu benda baru bagi aku..satu cara nak cegah kontaminasi ( bahasa indon ni)
kat lab korang..tujuan utama nak bunuh menatang kuman jahat lagi tak berhati perot yang cuber menkontemkan anak anak kuman cumel belaan korang..( hahahah)
time balaj dulu tak pakai pun gas gas beracun ni..pegi tepi dinding..tekan butang UV ON..satu bilik aku UV kan..bia mampos sumer makhluk halus durjana yang menyebabkan kontaminasi ni..

tak der motif btol...
ni nak share tugas baru aku kat lab..
sebagai seorang yang baru masuk kerja..korang kner la belaja buat itu ini..
same la macam aku..tugas baru aku selain penyelia TASKU ( sila rujuk entry TASKU)..
atau nama lainya taman asuhan kuman..aku juga di tugaskan menjaga dan menternak fungi fungi yang boleh di komer" sial" kan..

komer sial?
kalau bahasa perak tu maksud dia sama macam " hang sial" dalam bahasa kedah ..
apa ni main maki sial sial ni..
ner ada..ni aku ternak kuman yang boleh buat duit..

ape bendanya? korang tunggu..jab lagi aku cerita..



sebenarnya..ini la benda yang aku buat kat lab..
ko bia betol...
di dadah? dadah ker dadih?
salah eja kot...

"hang jangan dok wat leceh kat sini..aku tibai hang kang ..makan nasi ngan straw hang nanti.."

mingkin tu ayat yang aku akan dengar kalau betol aku proses menatang ni..btol ker?


ko bia btol..main main la dia ni..adoi..
siap tulis kat selotep lagi ni...
ni betol ker tak betol...
patot la..tak bagi oarng lain masuk lab..
gas beracun la..ape la..ini rupenyer kejer ko yer...
buat menda haram jadah ni..
perusak bangsa sungguh..
bangSAT tul..
laknat..lahanat...

tu la korang...
asal serbuk putih paking paking dalam plastik jer teros saspek dadah..
terus kata ku macam macam..
bukan nak tanya betol2..

bang, yang abang bugkus ini apa? dadah kEr?

kalau tanya camtu ok la jugak..
boleh aku jawab..

Yer dik..kalau abang bungkus dadah macam ni ..sure abang pakai gelang besi dik oi...


ini inokulum tempeh dik oi..
inokulum tu ragi.. nak buat tempeh...
sekarang ni abang yang buat ragi ni... kak za cuti bersalin..
abang la yang take over kjer wat ragi ni..

dadah kepala otak aper bungkus macam ni..
adoi...
tu al orang kita..
blum apa apa dah buat spekulasi sendiri..
dah buat cerita sendri..
asal serbuk putih jer dadah..
asal dadah jer nampak serbuk putih..

sempit tol pemikiran..
adoyai...

Wednesday, March 24, 2010

ye ye boss balik ye ye boss balik

yeye big boss balik..
suara keanak anak kan bermain kat telingga aku..
hahahha..
adakah itu cara menyambut big boss aku balik..
setelah 2minggu berkursus kat US..
alhadulillah mungkin ada idea idea baru yang dia bawa balik..

ada dua kemungkina rasa yang melanda perasaan setiap orang bawahan..

nombor satu

hapy...sebab?

yer la dah rindu sangat tak big boss..
rasa nak g pluk dia..rindu sangat ( perempuan sahaja yer..)
rasa seronok dia dah kembali bertgas kat opis..
hilang rasa sunyi opis ni bila dia kembali..
dapat dengar nasihat dia..
rasa tak sabar nak cerita perkembangan kajian masing masing kat dia..
rasa tak sabar nak berborak dengan dia..
rasa tak sabar nak bermeting dengan dia..nak berdiskusi..

no dua

kurang hapy..sebab?

mungkin tak puas lagi menggular..time bos tak der..
ala dah tak boleh kua makan awal..masuk lambat ( sayer tak buat..hahaha)
dah tak boleh kua makan lama2..
dah tak boleh bermalas2 ( ada ker ???)
dah tak boleh curik curik keluar..time kejer..( slalu pegi beli paper n beli topap )
kejer tak siap lagi..mati la kalau dia tgok..
laporan blum siap..due date dah dekat..tu la duk tido jer dalam bilik masing2..

macam macam la diorang ni..
bagi aku hapy atau tak hapy itu bukan persoalan..
yang penting..bila big boss balik..
rasa lengkap la biotek ni..

nampak biotek jer..nampak la muka big boss..
so..ape ape pun..
esok tetap akan menjelma..

selamat kembali bertugas
big boss...

ReViEW ScOUTing In MY SOUL



jangan tekejut bila anda melihat beberapa gambar kat sini..
kenapa aku memilih pengakap sebagai satu medium untuk berkhidmat n memenuhi masa terluang.
mungkin korang tertanya kenapa aku ni pengakap sampai sekarang..
ape yang bestnyer?
sukar untuk mengambarkan apa yang di rasa.di kongsi bersama.susah senang.
tangis dan gelak tawa..
yang pastinya pengakap ni dah sebati dengan jiwa aku..


dulu aku tertanya tanya kenapa orang dah tua tua pun stil pengakap..
kubo dah panggil pun duk gila pengakap lagi..
dah kner strook pun dah aktif lagi pengakap..
aku pernah jumpe yang naik kerusi roda pun masih datang kursus pengakap.
kalau tak silap orang tu dari philipine..perempuan..
masa asia pasific scout conference...
bersemangat walaupun daru pas kner strook..
apa nikmat nya masuk pengakap..hanya di ketahui oleh orang yang berpengakap sahaja..
kalau di pikirkan balik.. kenapa ramai pemimpin negara majoritinya bekas ahli pengakap atau masih aktif dalam pengakap.dalam badan uniform lain tak pulak..
kat pos ni aku juz nak share skit infomasi pasal pengakap..
kat malaysia ni dah lebih 100 tahun pengakap di tubuhkan..

ramai pemimpin negara kita datang dari ahli pengakap.
pengakap di tubuh kan di bawah akta parlimen.
( akta dia nanti aku semak balik) bukan NGO tapi separa GO..

asaskan kami berpegang pada scout promise atau dalam bahasa melayunya
persetiaan pengakap

kepercayaan kepada tuhan raja dan negara
menolong orang pada setiap masa
menurut undang undang pengakap.

kalau nak cerita memang tak habis..
tapi uniknya hanya ahlinya yang tahu..

jangan tekejut bila anda melihat beberapa gambar kat sini..
kenapa aku memilih pengakap sebagai satu medium untuk berkhidmat n memenuhi masa terluang.
dah tau kan kenapa aku still join pengakap? walaupun dah kerja? n still g camping,jamboree, kursus dan sebagainya..huhu rasanya dah menjawab persoalan yang selama ini nak tanya..
so tak payah la nak pelik kalu korang jumpe orang orang yang dah layak di pangil atuk pun stil scout lagi....

salam pengakap..!!

Tuesday, March 23, 2010

(Wonder PEt) Datang MemBaNTU

setelah sekian lamer berhabuk blog ni ( lamer tak update)
kali ni nak share citer hujung minggu yang penuh dengan aktiviti..
saper sangka yang aku kan terus berpengakap sampai sekarang..mungkin ianya telah sebati dalam jiwa kot..
masa untuk berseronok padaakau ialah dengan cara ini..
melupakan seketika tanggungjawab dan beban yang di galas.
melepasakan seketika bebanan kerja yang menggunung tinggi..
ni lah masa nya untuk menjadi diri sendiri..
berkumpul tanpa mengira pangkat darjat kuasa dan umur.

ni pic kedua dato kaharuddin momin dalam blog aku..siapakah dia ni?
dalam pengakap beliau dalah ayahanda..
di luar dia adalah orang yang berpangkat dato..hurm..aku memang sallute abis kat dato ni..
bukan nak bodek ke ape..tapi seseorang yang boleh masuk dengan semua golongan tanpa mengira pangkat atau darjat.susah tu nak cari..boleh berkongsi pinggan magkuk dengan orang lain..pas makan pinggan basuh sendiri..
maner nak cari?

tujuan utama aktiviti kali ini adalah mesyuarat penubuhan majlis kelana kebangsaan atau di kenali sebagai NAsional Rover Council..
kesinambungan dari bengkel di BP House tempohari..
ramai yang datang sebab nak tau siapa kah yang akan menerajui NRC ini.



termasuk la aku,,datang untuk sapot keputusan meting...
abu n mat ju ( sila tengok post pembukaan dobi. diorang yang tolong untuk bukak dobi aku)
dari kelantan pun datang ke melaka untuk sapot program ini..
dah la datang sendri..dengan keta..tak bleh claim..
tong tong duit bayar minyak n tol..
semuanya kerna perjuangan dalam pengakap
dan kepuasan.


ni antara yang hadir dalam memeriahkan lagi meting npelancaran bulan kerja kelana..bukan budak sekolah tau..sumer ni bapak bapak budak dah..hahahaha..
ape bulan kerja kelana ni? nanti aku explain..



aku kadang kadang pelik dengan mantaliti orang malaysia.
macam terkejut bila aku bagi tau aku pengakap.. kata dorang..
" eh, pengakap tu bukan untuk budak budak ker? pegi camping..masak masak dalam hutan.."
lagi satu yang tak bleh blah..
kalau masa sekolah dulu..kalau hari sukan skolah..kalau suruh angkat meja..sure budak pengakap yang jadi mangsa..
tapi realitynya itu hanya asas dalam pengakap ..ramai yang tak tahu betapa luasnya ilmu dalam pengakap ni..

so tak heran la kalau umo dah boleh di panggil pakcik , atok, nenek pun..still aktif dalam scouting ni..
bila di tanya kat mana best dia..
tu yang susuh nak xplain..
tapi dapat d rasa la kat mana best dia...
pic kat atas ni masa meting k.L.k.m
kumpulan latihan kelana siswa malaysia..
yang terdiri dari IPTA/S kat seluruh malaysia..
time ni la bertukar pendapat..setlekan yang mana masalah yang ada..berkongsi segalanya..
aku wakil apa? MARDI ker?
tak la..aku wakil UiTM..
wakil pertama / tunggal untuk UiTM.
kenapa UiTM plak...
hurm..aku dalam usaha menyambung perjuangan penubuhan kelana siswa di UiTM..
so ini permulaanya..setelah mendapat lampu hijau dari Vice canselor baru UiTM..
dato Sahol..


ini adalah kad bulan kerja pengakap kelana..kad ini di gunakan untuk merekod duit / upah yang dapat untuk di sumbangkan pada SCOUT FUNDation.. so as a rover... bulan kerja ni adalah masa untuk melatih diri untuk bersifat rendah diri..korang kner buat kerja untuk mendapatkan duit untuk kegunaan kumpulan dan di sumbangkan ke scout fund..scout fund adalah satu tabung yang menjana kewangan aktiviti scout kat negara ini..
macam macam pandangan yang korang boleh buat..
ada yg kata bodoh..cari duit untuk orang lain..
ada yang kata bahlol.. sebab kner buat kerja untuk orang lain..
tapi pernah tak kita terfikir..
pembinaan karakter dalam diri yang di bentuk oleh sifat rendah diri,sabar,dan ikhlas berkhidmat itu..menjadikan ia satu value yang tak dapat di beli dengan wang ringgit..



ni paparazzi punyer kner la ni..snap pic time aku tengah ngantok gila babas..
penat dengar penerangan n orang bercakap..sampai telelap..
siot jer paparazzi..aper pun thanks to paparazzi boy..
ex budak poli shah alam atas semua pic ni..



petang hari kedua kitaorang melawat ladang kambing milik scout melaka..ni la cara diorang mendapatkan fund untuk aktiviti diorang..dalam masa yang sama dapat mendidik rovers/kelana melaka untuk belajar menjadi seorang ushawan penternakan kambing..
persatuan lain ada ker macam ni??
tak der kot..hahahhahaha..sengal la aku ni..


malam last..malam yang di nantikan..oleh setiap ahli perkhemahan..
malam kemuncak dan malam untuk berhibur dalam cara pengakap..
culture night..
ni yang pakai vest ni scout JB..time ni la masing masing nak bersorak ..hapy2..
memang betol release tansion ni..tua muda..pangkat darjat..sumer letak tepi..


bila time malam kebudayaan..
nyanyian..dan permainan amat sinonim dan tak dapat nak di pisahkan..
kalau nak tengok geng geng veteran jadi muda balik..malam ni masanya..sumer spoting gile..
dato..pengarah..pegawai kerajaan..docter..engineer,,yang mana yang hadir tu..sumer main game ni..tak kira dah jawatan apa..itu yang istimewanya...
saper yang buat silap atau kalah dalam game yang di mainkan akan di denda untuk mbuat persembahan spontan..so time ni..aku di lucky one yang terlibat dalam sesi kner denda ni..ni game ni di namakan OPEN BANANA..
nak tau macam mana...hahahhaa..rahsia... memang gelak abis la saper tengok...


ni korang mesti taukan..
bila kua jer lagu..
" tinggi tinggi gunung kinabalu..tinggi lagi sayang sama kamu....."(untuk lirik seterusnys sila cari sendiri)
terus jer budak budak ni kua dengan spotingnya...menari tarian semazau..
dari sabah...aku join la..tapi ntah camner tercicir lak dalam pic ni..tak muat kot..huhuhu





dari pic kat atas pun korang dah tau dah betapa spotingnya seorang pengurus bank pakai baju merah tu..kat lua mungkin tak siapa tahu yang dia macam ni..kan?
bila dah pakai skaf pengakap..semuanya jadi diri sendiri..lepaskan bebanan seharian..

hari terakhir di melaka..tak cukup rasanya kalau tak berbakti kat penduduk sekitar..
sempena pelancaran bulan kerja pengakap kelana tahun ni..
satu comunitee service di jalankan...abis sampah kat kampung tu kner kutip..
senyum jer nenek tu dapat ramai cucu baru..


tak ketinggalan big boss pengakap malaysia.. Dato Kaharuddin Momin turut turun padang sapot Fogging n comunitee service yang pertama sempena bulan kerja ni..bulan kerja ni pun idea dia jugak..tapi aku sallute la..
biasenyer big boss ni tau cakap jer,,buat tu,,buat ni..tapi tak buat sekali..suruh anak buah jer buat..
tapi itu bukan cara pengakap..cara kita orang..
kita buat sama sama..kita rasa sama sama..itu la bestnyer..tiada perbezaan ..sebab semuanya scout..

last skali tak sah kalau tak bergambar untuk kenang kenangan ( kua paper ni gambar ni)
so bukan nyer susah untuk berbakti pada masyarakat..pada aku ia datang dari hati..
keikhlasan tu akan mbuatkan semua kerja menjadi senang dan yang berat pun jadi ringan..
pokok pangkalnya kner kerjasama..
bak kata wonder pet..
" apa yang penting ... kerjasama"
p/s - terima kasih kepada semua yang hadir
- sumber gambar dari paparazzi BOY,thanks.

Thursday, March 18, 2010

PeNGENCING TERHeBAT

penat kejer lab..ada masa kner la kua..
so semalam tugasan tak rasmi seorang staf bawahan mardi..
cewah...
low profile btol..
kner la jaga booth untuk pameran 40 tahun mardi.
( aku sebot pameran seribu tahun mardi ..hahahha)
pameran tu ada kat MAEPS..

duty time aku kul 1 sampai kul 6..
dah sampai tu baru la aku tau yang PAK laH datang petang tu..
so bila pak lah datang semalam melawat booth petang tu maka ramai la yang datang.
masa time kul 1 tu tak der sorang pun yang datang..
yang ada .. zaidi,kak shinah..yang lain tu datang dah agak lewat..

aper pun aku agak rasa tak berapa nak best sangat la.
bila orang tanya tak dapat nak jawab dengan baik..
yela..bukan nak cakap la..
sepatotnya tuan punya reseach @ barang pameran tu datang atau anta wakil untuk sesi penerangan.
ni bila orang tanya benda yang kau tak buat..macam mana kau nak jelaskan..
so ada kelemahan kat situ..
pada pandangan mudah..

"ko terang jer la aper yang ko rasa betol.. dorang bukan tau pun benda benda ni"
dalam bahasa yang budiman nya..

" ko kencing jer la dia..dia bukan tau pon"

kencing???
maksudnya info yang di beri tak tepat?
kalau la aku yang jadi pelawat..
memang terasa hati dengar statement kat atas tu...
rasa kner kencing @ tipu bila dengar penerangan sesuatu benda yang menarik minat kita..
shitless!!!!!!

kalau nak tipu@ kencing macam tu baik tak payah buat pameran..

aku bukan mengomen atau membentak tak tentu pasal..

tapi aku ada kat situasi itu..

kalau bahagian RED FERMENTED RICE,VCO,MVCO,INOKULUM tu aku bleh la xplain..
ada jugak la terlibat secara langsung dan tak langsung dalam project2 tu..
kalau salmonella kit,e coli kit n tag polymerase kit tu..masih boleh explain sebab penah guna kit kit tu dan ada la skit pendedahan pasal benda benda tu..

tapi ni kalau tissue culture..
nak ambik tissue ape..
bahagian mana..
bila bleh tanam..
apa beza..
memang melecet nak jawab...
yang bertugas bersama aku pun..tak banyak yang tahu..
so jadi bila pelawat tanya..???
tak kan nak jawab tak tau?
tebal muka..
baik tak payah pakai tag PETUGAS mardi..

pada aku..sepatotnya benda macam ni tak terjadi..
kalau semua ambik part dalam pameran ni..
yang tak tau akan tanya yang tahu..
so infomasi tu kan jelas dan tepat..

bukan infomasi yang tak masuk akal..
dan langsung tak tepat..
pendek kata..
semuanye kencing belaka..

Tuesday, March 16, 2010

marah tu sebenarnya sayang..

bila tak der depan mata ..
mula la rindu..
masa ada lari nak jumpe dia..

hahahhaha..klaka kan?

tu la..sejak big boss aku g US ni..
sunyi plak..
memula rasa best jer bila dia tak ada..
tapi bila dah dekat seminggu ni rasa rindu plak..
nak dengar dia jerit ..
dia marah ( marah marah sayang)

betul dia penah marah aku..tapi marah tu bukan marah yang betul marah..
mungkin aku dah biasa kner marah dengan arwah mama..
arwah mama lagi garang n ganas dari big boss aku..
ingat masa kecik dulu sekali di jerit..

AZRY.......!!!!!
BALIK.......!!!!! DAH MAGRIB NI BALIK!!!!!!!

bergegar alam ni dengar suara arwah mama..
satu taman tu dah tak heran dengar suara dia..

arwah mama memang garang..
sebab anak anak dia ni nakal sangat..

kalau tak balik time tu memang kner piat la..

( kui kui kui) air mata dah bertakung dah ni kat mata..
i miss her so much..
aku tersenyum bila teringat detik kner marah dengan mama..

arwah mama punyer style..
kalau dia marah..bising bising..emo emo tu tanda dia sayang lagi latu..
kalau dia diam..tak peduli kat saper..
tu tanda dia marah btol tu..
hurm...( aku tersenyum..rindu betol kat dia )

sekarang..
bila dengar BIGboss aku marah marah..emo2..
orang yang pertama aku ingat adalah arwah mama..

sebab tu kalau dia marah aku senyum..
( kadang kadang tak puas hati tu biasa la..)

tapi selalunya kau tersenyum..
marahnya untuk mengajar..
marahnya untuk menegur..

PA dia selalu bagi motivate bila aku kner marah..
mekasih..
golongan mak mak kat lab aku ni memang memahami..
biasa la..

budak baru nak belajar..
pasti buat silap kan...

Monday, March 15, 2010

mencari bakal menahanTU atau menantu

oh mama aku mahu kawin..
kawin dengan sapa..

oit..oit... saper nak kawin ni.. ni lagu old skool..
luper dah band maner nyanyi..

nak kawin konon..duit tak der..harta tak ada..saper nak pandang..
kalau dulu bleh la nak masuk minang anak orang bila dah kejer kerajaan ni..
sekarang,,blum tentu..
huhuhu.. ni saper nak kawin ni..?
tak der sapa..

ni cumer respon dari perkahwinan mber aku ni..

just nak kongsi untuk bacaan korang..baik buruk nilai sendri..

hurm..citer dia bermula camni..anak gadis ni budak kategori ( ustazah la- pakai tudung labuh)
mak dia kemain lagi nak matching matching anak dara dia ni dengan mamat ni..
baik... hensem..macho...kaya..berpelajaran.. beriman..
( macam tau tau jer mamat tu beriman..cam ner dia tgok tak tau la)
btol btol excited nak satukan anak dia ni dengan mamat yang baik lagi bagus ni..
sampai g ambik kat umah budak laki tu..nak suruh dating dengan anak dia..
anak pompuan dia plak naik segan dengan tingkah laku mak dia ni..
tapi sebab mak punya pasal..tak nak durHAKHA kat mak..dia iya kan la..
sedangkan dalam hati tuhan ja tau..


dalam sedar tak sedar dah dekat setahun hubungan dorang..
kalau ikotkan mamat ni tak der nak sangat kat anak pompuan makcik tu..
tapi sebab dah termakan budi..dah segan...
layan jer la...

so macamana hubungan itu berlaku..
atas dasar cinta kah?
atau sebab mak @ mak cik tu yang terlalu excited..
sampai tak nampak apa keinginan kedua blah pihak..
zalim kah mak @ mak cik itu..

kenapa perlu membuat keputusan untuk orang lain..?
sedangkan anak meraka yang nak terus hidup dengan pasangan masing2..
kenapa perlu menyatukan diorang sampai plan itu ini untuk ketemukan mereka..
apa tak cukup lagi rancangan yang esa yang mengatur jodoh?
sampai perlu masuk campur urusan DIA..

mungkin dengan alasan
aku nak beri yang terbaik untuk anak aku...!!!

hei...!!
yang terbaik? siapa yang terbaik..?
manusia semua punya kelemahan..!!

aku cuma mahu anak ku dapat jodoh yang baik..!!
hei..!!
apa pilihan mu itu lebih baik dari pilihan ALLAH?

mana percaya mu pada QAda dan QAdar tuhan..?
jika telah tertulis di LOh mahfuz itu nama si polan bin si polan akan berkahwin dengan si polan binti si polan.. maka itu yang akan terjadi..

tak perlu di plan nak satukan dengan sesiapa..
soal JODOH..MAUT..PertEmuan..
adalah rahsia ALLAH...

hurm...
mungkin tak pecaya kot..
atau tak yakin dengan pilihan DIA..

akhir cerita tadi..

hubungan itu tak kesampaian..
gadis yang suci tadi habis di kerkah oleh jejaka macho yang terbaik itu..
dan akhirnya ...

korang fikir la sendiri...

Friday, March 12, 2010

preview V3 samseng jalanan

satu filem bermoto yang di tunggu tunggu..katanya yang terakhir dalam dekat ini..
betul ker?
banyak cerita panas yang d dengar seblum kua cerita ni..
pada awalnya nama REMPIT V3 menjadi pilihyan.
namun setelah penharaman penggunaan REMPIT itu menjadi satu issue..
nama rempit di tukar menjadi samseng jalanan.
aku teringat artikel dalam paper tarikhnya dah lupe..
tajuknya camni la lebih kurang.
DAVID teOH bersedia tukar nama filem.

seblum cerita v3 samseng jalanan ni..
ada jugak cerita bermoto ala ala rempit iaitu adnan sempit.
cerita ni ni shot lebih lewat dari V3 samseng jalanan tapi di tayang terlebih dahulu dari v3 samseng jalanan..
cerita adnan sempit ni pun pada awalnya berjudul REMPIT NAN SEMPIT
tapi telah di tukar jugak jadi NAN sempit.
tapi tak best sangat nama tu.. di tukar plak jadi ADNAN SEMPIT..

apakah persamaan antara dua cerita ni?

rasnya tak sama... pada sesiapa yang pernah terjah blog farid kamil pasti pernah baca post yang mengatakan adnan sempit mencedok idea dari v3..

pada pendapat aku yang dah tonton kedua cerita ini..
rasanya tak sama langsung..



mungkin watak intan nurladyana sahaja yang sama..
iaitu watak gadis yang berdampingan dengan hero..
jalan cerita langsung tak sama..

adakah filem ini mampu memecah panggung macam adnan sempit?
kita sama sama tengok..

basicly..
tahniah pada farid kamil..ini merupakan ekperiment pertama beliau dalam mengarah filem..
walaupun apa pun komen orang ramai tentang filem ini..
itu belakang cerita, yang penting ni yang pertama..
aku puji la kat mamat farid kamil ni..
bukan sebab aku kenal dia atau pun sebab dia senior Uitm aku..tapi dia memang ada bakat..
mungkin eksperiment pertama ni kurang bertenaga dan tak seperti yang di harapkan.
seblum ini filem rempit ini di arah oleh orang yang agak lama dan berpengalaman.
tapi kali ni satu tindakan berani mati dan perubahan bila di beri pada seorang pengarah muda.

setiap cerita ada klimaxnya..
ada plot dan peleraianya..
rempit v3 punyai plot yang menarik..
peleraian juga menarik..
tapi klimax yang di harapkan seolah tak sampai..
dsan ending filem ini agak simple..
rata rata penonton agak mengeluh dan mengaharapkan sesuatu yang lebih..

mungkin farid kamil telah merancang sesuatu untuk filem ini..
dan ada juga spekulasi yang mengatakan filem ini banyak di potong oleh FINAS..
betul atau tidak tak siapa yang tahu..
kalau btol banyak part part best telah di potong dan menjadikan cerita ini
seakan hambar.. rasanya itu amat menyedihkan..
apa guna berkarya kalau hasilnya di tapis dan d ubah..
hilang rasa ketulinanya..
mungkin tag 18 SG tak sesuai untuk cerita ini..sebab tu banyak kner potong..
mungkin finas kner wat kua tag 21 SG ker..
atau pun 30 SG ..
untuk memastikan ketulinan cerita dan karya di pelihara..

so maner yang tak tengok lagi cerita ni..
pegi lah tengok..
rugi kalau tak dan pergi tengok..huhuhuhu

Thursday, March 11, 2010

kesakitan untuk pengembangan

setelah penat lelah hampir setahun.
alhamdulillah.
tercapai gak apa yang di impikan.
bila tgok pamplet atau flyer yang orang letak kat wiper keta selalunya aku akan buang camtu jer.kadang kadang baru baca..tu pun kalau ada yang menarik la..
tapi bermula satu ketika dalam hidup aku..
aku begitu menghargai apa yang d selit di wiper kereta aku.
kalau terselit celah raga moto pun aku hargai tau tak..
hahahahha..

ni berpunca dari perkembangan kedai aku..
so kner la edar flyer untuk promote..
baru tau betapa susahnya..
penatnya..nak cakap kat orang apa yang kita buat.
nak edarkan hampir 2000 pamplet kat kereta orang..

sakitnya hati bila orang sekadar ambik..
n buang pamplet tu..
tanpa rasa nak baca atau nak tau isi kandungan pamplet tu..
bengang jer rasa..

tu la benda yang tak di ajar di mana mana peringkat pengajian.
PHD,Master,Degree,diploma,sijil ker..
sumer ni tak di ajar dalam kuliah kuliah ni..

rasa rendah diri tu mengajar aku betapa kita perlu meminta ketika terdesak.
perlu bermanis mulut ketika mahukan sesuatu.
perlu bersusah untuk sesuatu yang berharga..

satu pengalaman yang sangat berharga.!!


ni antara kereta yang sempat aku selitkan pamplet kat wiper diorang..
macam macam jenis keta.
dari yang mampu milik..
sampai la yang tak termampu nak di miliki..
rasa gerun jer bila tarik wiper keta mahal ni..
yer la..kang patah ker..tak pasal nak ganti lak..

rasa diri ini kecik jer..bila buat kerja kerja camni..
dari perspektif lain..
mungkin orang memandang aku masa ni dengan pandangan yang sinis..
mungkin di kepala mereka aku adalah budak yang gagal dalam hidup yang ambik upah edar flyer...

hurm...
persetankan apa yang orang kata.!!!


setelah bertungkus lumus edar flyer n pamplet kedai..
malamnya..masa untuk siapkan yang maner yang tak siap..
papan tanda kedai..
kalam dobi.
aku masih mengekalkan nama kalam..
teringat aku pada surah IQRA..
kalam adalah perantaraan ILMU.
dari situ aku pelajari segalanya..
itu menjawab soalan mengapa aku tak guna pakai nama AZRY DOBI atau sebagainya..






20 x 90
itu keluasan kedai ni..rasanya macam luas jer..
boleh bagi 2 jer kedai ni..tapi buat masa ni..stil dengan planing asal..
lagi pun sewa agak murah..
jadi mungkin ruang yang ada tu boleh d gunakan untuk jemuran dalam yang lebih baik untuk fabrik.


kalau ikotkan budget nak buat rak..meja kaunter.. dan sidaian baju kos hampir 2+++,
tapi alhamdulillah.. aku dapat kurangkan kos dengan hanya 280 untuk beli besi..
dan di kerat dan d cantum sendiri dengan pertolongan sahabat sahabat ku.
btul kata pepatah..
berat sama di pikul..
nanti kerja jadi mudah...
ringan ko bawak sorang la..baru senang nak jalan..
basicly..
peralatan dah ada..
masa untuk berkerja.

kepakaran yang ada dalam ilmu berapi api ni aku serahkan pada member aku yang paling rapat.
abu.. mekasih..ko banyak tolong dalam renovation kedai..n siapkan barang kedai..
sampai mengelupas kulit muka..
tak tahan panas..
thanks BRO..ko la sahabat n adik beradik aku dunia akhirat..
dari dulu sampai sekarang ko tempat aku bergantung,nangis,gelak tawa..
hurm..
nak nangis la plak..hahahhah..

untuk pejo n matju..
pic korang wat kejer tak dapat nak upload la..
ahhahaha..nanti r aku upload..
mekasih banyak2..

rasa ringan bila korang ada membantu..
mudah mudahan apa yang d usahakan membuahkan hasil..
dan impian kita akan tercapai..

terima kasih sahabat..
terimakasih semua..

apa yang kita hadapi tak sama dengan orang lain..
hanya kita yang ketahuinya..

" no pain no gain "

Wednesday, March 10, 2010

anugerah pengskodeng terhebat

misteri betol pengskodeng blog aku ni..
tapi best gak..
dapat dengar nasihat dari pelbagai sudut dan pandangan.
hurm..
kadang kadang apa yang kita perkatakan tak semestinya btol..
pada pandangan orang lain mungkin salah.
mungkin ada yang tak kena..
masing masing punyai perspektif berbeza..
berdasarkan pengalaman..
peringkat umur..
hurm...
terima kasih pada follower yang tak putus bagi komen..
kamu semua berhak berkata..
memberi respon..
sama seperti aku..
diri aku jua berhak menulis perasaan ku.
mungkin sekadar tulisan yang dapat meringankan tekanan dalam jiwa.
masing masing punyai cara sendiri untuk mengurus stress..
aku memilih menulis segalanya di sini..
bukan untuk tatapan kamu..
tapi untuk tatapan hati ku..
kamu boleh melihatnya disini..
membacanya..
tapi di hatiku?
dalam jiwa ku?
kamu tak tahu...
itu blog peribadi yang tak siapa dapat akses..

terima kasih kerna berkongsi pendapat n nasihat.
kamu pengskodeng terhebat blogku..

terimalah anugerah ini..

Thursday, March 4, 2010

aku kenel cabul lagi

tetibe rasa pinggang aku di sentuh..
rasa ada benda merayap kat pinggang...
naik sampai ke dada...
ape plak ni..adoi..
tengah tengah drive ni la ko nak merayap..
aku trus buka butang paling atas kemeja..

siot la semut ni..
merayap plak..geli r..

tetiba tepon berdering..
sape palk call time rehat ni..

tertera nama mak cik big boss aku..
adoi..ape lak ni..
rehat pun nak call ker?

aku angkat r..

aku : 'salam docter..yer"
boss: awak kat maner hezry..
aku : sayer kua docter..kua pegi lat HR hantar borang exam konform.
boss: sayer nak jumpe awak sekarang!! datang bilik sayer sekarang!!!
aku : tapi sayer dah janji dengan pegawai HR docter..nak jumpe dia..dah buat apoiment.
boss: pegawai mana awak nak jumpe ni..sekarang kan time rehat..maner ada pegawai yang buat apoiment!!

( tau pun time rehat..bis tu ko carik aku sal apa..) aku membentak dalam hati

aku : sayer nak hantar borang exam konfem docter..kner tunggu pegawai HR dia nak jumpe sayer.
boss: siapa nama pegawai tu..saya nak cakap dengan dia.!!
aku : ( ape hal lak minah ni sebok2..adoi.. besar tul kuasa dia sampai kat HR pun dia nak marah marah..) dalam hati aku tak puas hati..
" lepas lunch tak boleh ker docter"
boss : kenapa lepas lunch..i nak u datang bilik i sekarang!!!

aku trus letak phone..
adoi..kul 1 lebih dah ni..
time rehat..

privacy aku di cabul lagi..
seriusly..

bila aku sampai bilik dia..
dia tak ada..
bilik kunci..

tanyer PA dia..
docter kua baru jer tadi..

argHHHHHH!!!!!!!!!!!

Wednesday, March 3, 2010

leleki high mantainance atau perempuan?

lelaki high mantainance atau perempuan?

hurm...persoalan yang susah untuk di jawab,,ada ker lelaki yang maintanance tinggi..macam keta plak..pakai BMW 7 series...5 series... paling cikai pun BMW 3series la..tinggi ker maintanance kalau pakai keta tu..?

sure la...

pompuan yang pandang pun mesti high expectation gak la kan? ner pandang kalau ko naik VIVA..mYVi..boleh jalan la...

itu ker yang bermaksud high maintannance?

atau gerak laku dan gaya kehidupan yang mewah yang di gelar pakwe atau makwe yang high maintanance? cam ni kot..

kalau awek tu cun..bergaya..glaimour...tip top..solid molid..macam kak rozita che wan tu..memang la orang kata maintanance tinggi.. macam pakai BMW la..cantik..sporty...kalau rosak..beribu la jawabnya..


ni abang anuar zain ni..
lelaki melayu terakhir..( ye ker )
adakah abang nuar ni pakwe yang high mantainance?
maskulin? jaga penampilan?

kalau betol... tak heran la kalau ramai awek2 pengsan kalau jumpe abg anuar ni live..
siap jerit lagi..

" abg anuar..i lap u.." trus hesteria..
hahahahha..

hurm... apakah maksud high mantainance di mata seorang wanita terhadap lelaki?

perlu ker berhabis beribu ringgit dan bergadai body untuk memikat lelaki jenis ini..
ops.. terlezer la plak..
berbaloi kah?


wah..ni mamat ni memang aku minat giler..
abang fahrin...
baru reda kes saman menyaman dengan ex dia linda onn..
ini baru high mantainance beb..
saman juta juta..

hehe..jangan marah yer bang..sayer tak cakap pun abang high maintainance..jagan saman tau..
tapi saya tau..nak dapat badan cam abang ni memang kner berabis beribu ni..
gi gym... makan protein lagi..
kira maintanance tinggi gak la kan bang kan?



huhu..sekali tgok..memang sweet abis la minah ni..
baru kua cerita kontroversi..
puteri ape ntah nama dia..
( sajer tak nak tulis)
jangan marah yer tuan putri..hamba cuma menumpang publisiti n up ur publisti yang tgah up skrang ni..

cakap sal high maintanance ni..
mesti tuan putri ni selalu abis duit banyak untuk mekap..bli baju..
orang pun cantik.. lembut..
hurm...so kalau la sayer yang kopak poket ni kapel dengan tuan putri..
rasanya..
tak masyuk kot..hahahhaha...berangan cam mat jenin tol aku ni..




ha ni ..kak rozita che wan..
merelip relip.. merah betol kak ita kita ni..mengancam dengan pandangan menggoda..laki maner tak cair bila kak ita jeling..

dato mana pun sanggup sponser idup kalau mengancam macam kak ita ni...tapi kak ita ni jenis cool..tak layan la buaya buaya daratan ni..

korang rasa berapa rozita che wan ni punyer maintanance bulan2..

baju dia..kasut dia..perfume dia..duit poket dia..duit shoping..bil tepon dia..tu baru maintanance yang skit sikit..
maintannance keta rozita che wan pun bleh tahan..ni kan lagi tuan keta..
huh...tak tahan..henset jer dah 5..
perh....


abg arron aziz... moto superbike..
mahal ni..mahal ni...
tukar tiub moto ni mau 50 hinggit..
( super bike ner ada tiub bai)'
hahahhaha.. kantoi...
aper pun abang arron aziz ni antara jejaka idaman gadis malaya la..dengan gaya macho lagi maskulin..bukan senang nak maintain ni..kner jaga badan..kner jaga penampilan..kner jaga macam macam..sumer pakai duit..

nak maintain moto abang arron ni pun mau 2 -3 ribu..tu baru moto..yang naik moto tak yah citer la..huhuhu..





cik tizz zakiah..
nur kasih adalah pelonjak nama dia..
nak tau dia ni high mantainance ker tak?
ajak la dia date...

date bukan sebarang date tau..stakat nak tgok wayang..kua makan..

baik tak yah nak date..


hurm..

pada aku..high mantainance atau tak..
tak dapat di nilai pada paras rupa..
atau penampilan..
nak tau dengan lebih lanjut..
sapa lagi high maintainance..
tepuk dada sendri..

tgok diri sendri..
bandingkan..sendiri...

lelaki sekarang pun apa kurangnya..

high maintanance jugak tau..jagan cakap pompuan jer..

tentang siapa lagi tinggi itu terpulang pada persepsi dan nilaian masing2..

anda macam mana?

Monday, March 1, 2010

ada sesiapa yang boleh hukum aku?

terasa kehilangan sesuatu..
aper yang hilang yer..
hurm..puas aku cari..tak jumpa jugak..
hati remuk ..
tu la...
jangan buat camni lagi...
careless..

selalu hilangkan sesuatu...
adat la manusia..
tak leh lari dari wat salah...
aku bukan malaikat bro..
yang tak ada nafsu..
yang patuh dan taat pada DIA..
yang tak punyai keinginan dan hati..
aku manusia...

la macam la korang tak penah buat salah!!!!
yer..aku ngaku salah aku...!!
sampai hilang semuanya..
tapi aku tak bermaksud nak buat macam ni..
setiap kesalah ada kemaafan kan?
begitu juagak setiap dosa..
ada taubatnya..
setiap kebaikan ada pahalanya..
kalau tiada kemaafan adakah hukuman boleh memuaskan hati kamu?
jika ya..

teruskan..
hukum la aku..
hukum semua pesalah pesalah yang wat silap..
kalau macam tu naper tak hukum seluruh manusia..
kan manusia tak lari dari kesilapan?
hah..
berator cepat..
semua manusia..
masa untuk menghukum...

macam hari pembalasan la plak..
siapa yang menghukum time tu..
DIA yang satu ..

memang layak la kan nak hukum pun..
dia pencipta..

so kita nak sebok2 nak ambik kerja DIA tu naper?
dah kuat sangat?
dah baik sangat?
dah ESA sangat?

jalankan hukuman....!!!!!!

kesalahkan kau tiada maaf..

kerek kan manusia...
aku manusia ..
kadang kadang terlupa..
aku jua manusia yang selalu wat silap..
jadi aku tak layak untuk menghukum orang lain..

mungkin ada manusia yang layak kot..
ya muhammad..
kau yang paling layak menghukum kaum kerabat mu..

yang lain?
ada ker yang setaraf?
tak ada...
diam!!!

eh..
ape aku membebel ni...
merepek petang petang ni...

rasa dah creck dah sejak dua menjak ni..
tak betol dah cara berfikir..
kurang rasional..
mungkin bebanan yang d tanggung sendirian..
wat aku rasa cam,ni.

dulu penah gak rasa cam ni...
sakit....
tapi kemaafan adalah penawar segalanya..
nabi yang layak menghukum pun ampunkan umat dia..

kita?
tepuk dada..sendiri pikir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...